-->

Wednesday, March 7, 2012

Hoi ! Tak Taw Nak Brake Ke Haaa ??!




Assalamualaikum geng! ^^  


Memandangkan hari ni aku tengah free tak dek jadah apa nak buat selain berdengkur, bergayut,tengok movie, then terpikirlah nak hapdet entry. Uisshhh! Macam hot je kan tajuk tu? Memang! :D


Korang ada tengok berita kan? Hari-hari memang tak pernah missed lah cerita pasal eksiden. Perasan tak? Perasan tak? Tak? Kompom tak tengok berita la tuuu :P


Kemalangan yang berlaku di  Cameron Highland. Seram seram kuku pulak nengok. Eee ~ >.<


Tak sah kalau sehari tak eksiden. Kan? Haishh! Macam mana eh nak elak eksiden ni? Haa.. Hari ni nak bagi tips sikit dekat korang. Sebagai seorang insan yang dah empat puluh lapan ribu tiga puluh enam ratus dua kali eksiden, aku nak pesan sangat-sangat supaya korang:


o   Sentiasa memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Ahh! Benda macam ni pun engkau nak pesan? Banyak orang dah taw la! Uishh! Sat ! Sat ! Memang lah ramai dah tahu tapi tak ramai yang apply benda ni. Sebab tu yang sorang-sorang pon boleh eksiden. Tak dek angin,tak dek rebut, moto  masuk parit. Ajaibkan? -.-'

o   Servis kenderaan.
Ini sangat penting! Buatnya air tak cukup,minyak nak habis, kan ke nanti perjalanan tak lancar. Tak best la kan. :D  Pressure tayar perlu sangat-sangat diambil berat! Jangan buat main benda alah ni. Kalau meletop tengah jalan nanti sape nak tolong?

o   Mendapat rehat yang cukup.
Kalau korang nak drive jauh pastikan korang cukup tidur sebelum nak travel jauh. Takot tertidur nanti masa tengah drive. Kang tidur tak bangun-bangun kan kesian tu. Tak mau la mati katak pulak kan. Ngeri tuuu. :3

o   Focus on the road.
Sentiasa alert okay! Bukak mata besaw-besaw! Tengok setiap kenderaan yang bergerak di jalan. Buat pulak tiba-tiba ada kambing melintas,tak sempat nak brake. GEDEBUKKK! Kalau kambing yang teruk takpe. Malang tak berbau taw !

o   Pastikan jarak selamat.
Ni penting! Jangan nak ikut kenderaan dekat depan tu rapat-rapat sangat. Ni sampai nak tercium bontot dah aku tengok. Nak kalut sangat pasaipa. Relax la. Tak kemana gunung di kejar. Aik, Macam lain jek bunyi -.-'


Banyak lagi tips yang korang boleh applied. Nak lagi? Korang try tanya Pak Cik Google eh. Sakit buah pinggang dah aku taip hentry ni. Haha ! :D

Babai ^^



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, March 4, 2012

FND CONOCO nak bagi bag FREE ! ! !



" Bangun semua! " Kata Ehsan merangkap ketua kelas Tadika Cun Melecun.

" Assalamualaikum,cikgu ! " Kata Upin-Ipin sekelas.

" Waalaikummussalam. Duduk semua. " Kata Cikgu Rosni yang berblouse merah digandingkan dengan  skirt hitam. Nampak sangat bergaya cikgu hari ini. Dengan wedges kelabu empat inci menyerlahkan lagi penampilan Cikgu Rosni hari ini.

Upin Ipin dan kawan-kawan terkesima sebentar dengan kepelikan cikgu. Ya! Memang jarang benar nak tengok Cikgu melaram sakan macam ni.

Memang patut mereka semua ternganga luas ,seluas lautan pacific. Ish! Ish ! Ish ! Tak beradap betol ! Babab jugak kang ! -.-' (Tiba-tiba perasaan keibuan meruap-ruap dengan mengada-ngada)


Lebih kurang macam ni la rupa cikgu Rosni ketika itu.
Perhatian:Gambar ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati ye!


Selepas habisnya ke-sima-an Upin dan Ipin selama enam ratus empat belas saat, bermula lah sesi dialog dibawah:


" Upin,Ipin, kenapa tengok cikgu sampai juling-juling tu? "

" Cantik sangat ke? " Tanya cikgu Rosni sambil mengeluarkan bedak compact MIAMI dari handbag nya dengan tujuan untuk men-touch-up sedikit bulu mata palsu beliau. -.-' Agak kurang sopan kan?

Upin Ipin yang sudah lenguh mulut disebabkan asyik ternganga melihat keajaiban dunia yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan seraya berkata:

Cikgu Rosni dengan selamba biawaknya menjawab:
"Ish ! Malu lah cikgu macam ni." Cikgu Rosni cuba menutupi muka dengan tudung bawalnya. Konon-konon nak perasaan malu beliau turut di rasai oleh anak murid nya. Tapi hampeh -.-"

"Korang semua pun perasan ye hari ni cikgu lain sikit?"

"Cikgu memang sengaja nak bagi korang perasan yang cikgu ni memang cantik semulajadi. No cocok-cocok tau ! "

Budak-budak tadika dalam kelas tu semua blurrr. Tak faham dengan istilah cocok-cocok yang cikgu sebut. Tanpa mengindahkan ke-tidak-faham-an murid-muridnya,Cikgu Rosni tuntas meneruskan penerangan beliau dengan menggunakan POWER POINT ! Advance youuu ! Anak murid semua menggaru kepala sampai penuh meja dengan kelemumur masing-masing. Euwww !

"Hari ni cikgu nak promote sikit pasal blogshop FND Conoco yang cikgu jumpa dekat Facebook semalam. Memang banyak sangat lah pilihan. Bermacam-macam jenis beg ! Cakap je beg apa tak dek. Semua ade ! Sampai rabun mata tengok ! 

Nanti balik rumah jangan lupa pulak promote dekat kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek. Semua lah ! Asalkan dia perempuan. Ni homework taww ! "

-.-' sungguh tak cool kan cikgu macam ni. Ahh! Sambung ! Sambung !

Murid-murid mengangguk tanpa bantahan. Sunyi sepi kelas tu. Yang kedengaran hanya suara Cikgu Rosni yang sibuk bercerita.

" Sekarang ni diorang ada buat SHARE AND WIN tau ! Cikgu pun join jugak ! " Kata Cikgu tanpa segan silu.

"Mau nye cikgu tak join, handbag tu cantik kott ! Nanti boleh la ganti handbag cikgu yang dah buruk ni. Korang tak caye? jom tengok gambar ni. "




" Aish ! Geram bebenor nengok handbag tu ! Kalau korang nak join,dipersilakan. Tapi cepat taw ! Kalau lambat MELEPAS ! So cepat serbu FND Conoco ! "


SEKIAN ^^

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.