-->

Wednesday, February 22, 2012

Fuhh ! Macam Dapat Balik Nyawa . . ! !



Assalamualaikum ! {。^◕‿◕^。} 

Memang tabiat dari dalam janin lagi suka tempek gamba besau-besau sebagai mukadimah yang ohsem ! -.-'


Semalam merupakan saat paling nebes buat semua UiTM degree students. Nak tidur di kala hujan mencurah lebat ke bumi pun tak senang. Nak berak pon tak nak keluar -.-' Makan KFC pun rasa payau. Kalau hari-hari boleh layan cerita Hindustan sambil menari-nari , semalam mood nak menari dengan Amirr Khan terpadam begitu saja. 


Ohh ! Kenapa? Kenapa? Perlu ke jadik macam ni? :'( Haa ! Ni mula la nak tacing ni . Sobb sobb :'(


Semalam result keluar ! Memang nebes okay ! Berpeluh tapak tangan ! Dah boleh penuhkan sebalang biskut raya dah aku rasa -.-' Jimat stok garam :P 


Nak tunggu result yang boleh menyebabkan orang yang sihat jadi sakit, yang gemuk jadi kurus, yang potpet potpet jadi petpot petpot  bukan lah sesuatu yang cool! Sangat meresahkan ! Ni semua gara-gara result ! Mencik ! T_T


And guess what ? ? ?


Yess ! Alhamdulillah ! Dean List lagi kali ni. Alhamdulillah ! Sangat bersyukur ! ^^ Hadiah untuk mak dengan abah yang dah banyak bagi duit untuk anak nya belajar walaupun anak nya kerap kali menjolikan duit tersebut -.-" Sorryyy ;D


And here, datin seri paduka nak bagi ucapan sikit. Take note ya ! Kalau tak, tarik tali pusat jugak kejap lagi ! 


Eh, gelak pulak ! betol-betol ni ! 


For those yang dapat dean list jugak, congrats ya ! Keep it up,peeps ! ^^


And buat yang belum berjaya, jangan putus asa okay ! Work hard for next semester ! I know we all can do it ! :D




Thanks sudi baca :) Love ya ! 




Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Tuesday, February 7, 2012

1st Giveaway by Ratu & Queen



Assalamualaikum ! ^^

Wah ! Malam ni dengan semangat nya aku nak join GA yang memang KEBABOMM ! :D

Hadiahnya terus menghanyutkan aku untuk terus berdoa agar menjadi salah seorang pemenang yang bertuah. Aminnn~ ^^

Kalau korang nak join jugak,SILA KLIK SINI ! ^^

Tarikh last: 1 March 2012 :)





Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Giveaway Blaque Villa Homestay Langkawi ^^




Di suatu petang yang sungguh indah di kala orang lain sibuk makan cekodok panas bersulamkan teh ‘o’ panas, Sinchan dengan tidak semena-mena meluru mendapatkan mama nya yang sibuk di dapur.


Jauh disudut hati Sinchan, dia agak terkilan dengan sikap ibunya yang lebih mementingkan cekodok panas dari diri nya. Sob :’( 
Kesian Sinchan kan?

Setelah siap menghidangkan sepinggan cekodok pisang yang sangat lazat (konon nya), mama Sinchan segera menuju ke laptop Sinchan yang memang sengaja di biarkan ‘ON’. Dan yang kelihatan di monitor adalah website Blaque Villa Homestay Langkawi.

Dan gambar berikut yang menjadi halwa mata mama Sinchan:




Penginapan secara PERCUMA 2 Hari 1 Malam di Blaque Villa Homestay Langkawi

(A Villa with 2 rooms)




yang sangat cantik





RM 50 Voucher pengangkutan




Dengan tiba-tiba sanubari mama Sinchan di rasuk  untuk bersetuju dengan pendapat Sinchan iaitu pergi bercuti ke Pulau Langkawi.



Ya ! Begitu mudah hantu jembalang nak merasuk jiwa mama Sinchan kan? Jadi dengan mengada-ngada nya, mama Sinchan tekad untuk menunggu papa pulang dari kerja dengan hasrat untuk meluahkan rasa yang terbuku di sudut hati. (  Tak boleh jiwang lagi ke ayat tu ? -.-“  )

Dan…

Masa yang dinanti telah tiba. Papa pulang dengan muka yang keluh kesah. Penat bekerja agak nya. Melihatkan isterinya yang agak pelik hari ni, dia merasakan ada sesuatu yang ganjil akan berlaku tak lama lagi dalam rumah tu .


Agak gusar muka papa Sinchan menati kejutan yang bakal mama Sinchan sampai kan. Maka tercetuslah dialog di bawah:

Mama : Papa, tadi saya ada tengok dekat Blaque Villa Homestay Langkawi tau ! Diorang nak bagi FREE villa untuk 2 hari 1 malam. Lepas tu dapat RM 50 untuk duit pengangkutan ! Jom lah kita pergi Langkawi. :D

Papa: Laaa… pasal benda tu ke yang awak sampai mekap sepuluh inci tunggu saya balik kerja ni ? Siap ber-heels laagik! -.-“ Saya pun ada baca pasal tu jugak. Memang saya plan nak ajak awak dengan anak-anak pergi bercuti dekat Langkawi pun ! :D Suke lettewww :P

Mama: Yeke? Cehh ! Penat je saya mekap. Dah dekat enam ratus tujuh belas kali dah saya touch up tau ! Ahh ! Tapi tak pe, janji boleh pergi holiday ! :D Duit pun selamat ! Kan,sayang ? :D (Alaaaa.. nak suwit-suwit la pulaksss  :P )


Adik Sinchan yang baru setahun jagung turut merasakan ke-eksited-an untuk bercuti !


Eh ! Dekat sini mama Sinchan ada bagi pesanan untuk orang-orang di luar sana ^^

** Sorry ! Recycle gambo ! :P





Jom Join Ramai-ramai ! ^^





Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Saturday, February 4, 2012

Teringin nak jadi MODEL ? JOM !!! ^_^



Assalamualaikum ! 


Amboih bukan main gedabak besar gambar aku tempek ! Kalau tak sentuh sidebar memang tak sah kan? Well ! *puppy eye * Memang nak mintak penampar kan? :P

Hai korang ! ^^ Hari ni terlintas sanubari nak hapdet entry pasal modelling . Yes ! Memang betul ! kalau korang godek-godek balik entry aku, baru-baru ni je aku ada post something pasal modelling. Nak baca ? Ishh ! Maluuu la i ! Hahak ! :D Okay, KLIK SINI  ye,sayang ^^

Kecik-kecik dulu pernah niat nazar nak jadik modelling tak? Kalau pernah, haaa ! NI LAH MASA NYA !!! :D 


Wow ! Menarik kan hadiah tu? :D Tapi bukan tu saja taw ! Saguhati pun ade ^^


Saguhati X 10 pemenang : bernilai RM500
RM50X10 shopping voucher MOON COUTURE

Saguhati X 10 pemenang : bernilai RM200
RM20X10 shopping voucher MOON COUTURE

Saguhati X 50 pemenang : bernilai RM500
RM10X50 shopping voucher MOON COUTURE



YEAYY ! Tak salah kan kalau nak mencuba ? ^^ Jomlah ! Misal lah kita tak menang, at least nanti kita boleh cakap dekat anak-anak,cucu cicit kita:

" Eh, mak dulu pernah jadik model taw! Setakat Siti Nurhaliza tu,pejam mata je la ! Mak lagi cun dulu ! Dato' K tu dulu boyfrend mak la. Dah mak kesian dekat aunty siti tu, mak kasi je kat dia. " 

-.-'


So, korang tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai memeriahkan FACES OF MOON COUTURE 2012 !!! ^^

Bagi yang berminat, meh tengok gambar bawah ni kejap. Ikut rules dia betol-betol taww ! ^^


Kalau ada yang masih terkontang kanting lagi, boleh la ke FACEBOOK BAWALCHANTIQUE ! ^^

Jangan risau,owner nye ( Kak Noor ) sangat peramah :) SERIOUSLY ! ^^ 

Oppss ! Lupa nak cakap, winner terbahagi kepada dua taw: 

  • Tempat Kedua,Ketiga & saguhati : Pemenang dikira Like tertinggi
  • Tempat Pertama & Kategori Fotogenik : 80% Like,20% Juri


Okay,sayang. Gudluck ! ^^ Join taww ! :D

SPREAD LOVE 


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Thursday, February 2, 2012

Giveaway by Edast Boutique ! ! !


Assalamualaikum! :)

Hehe :D Macam biasa lah. Dah tak dek keje sangat aku ambil keputusan untuk join GA yang ohsem ni ! Jom ramai ramai join ! :D Tapi syarat nya korang mestilah menjadi warga blogger ! ;)

Nak join? JOM KLIK SINI ! :D

Hadiah nya:
  • 2 HELAI SELENDANG
  • 2 HELAI ANAK TUDUNG
  • SEHELAI TUDUNG 4 SEGI
  • 1 HEADBAND
  • SEPASANG PIN TUDUNG
  • RANTAI



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Wednesday, February 1, 2012

First Time Aku Jadik Model . NEVES ! ! !




Assalamualaikum sayang sayang sekalian

Sihat tak hari ni ? Alhamdulillah kalau sihat ^^ Kalau tak sihat, cepat-cepat makan ubat taw :)

First of all, thanks buat korang-korang yang sudi jenguk blog usang aku ni ^^ Thanks sangat-sangat. Sangat menghargai nya . Aishh ! Rasa nak menangis sampai meleleh hingus pon ade ni. Sob sob :')

Hari tu aku ada gatal-gatal kan tangan aku untuk send email dengan niat nak try jadi model untuk MOON COUTURE. And tak sangka pulak Kak Nor (Tokey kedai) tu serius nak ambik aku jadik model sementara. Haihh ! Lagi nak menangis rasa. Mula-mula tak confident. Main pergi je. Then, tercipta lah gambar manusia di bawah. 

Ohh ! Sebelum tu... PLEASEEE ! Jangan muntah hijau, muntah purple tak pe -.-"












Okay ! Okay ! Aku taw aku tak pandai mana nak pose . Al maklum lah first time ^^ Tapi I like it ! Sangat interesting taw ! :) Dapat kenal dengan model-model yang memang superb dan PRO habis-habisan ! ^^

Untuk freshie macam aku ni memang perlukan banyak tunjuk ajar. Mula-mula aku rasa macam:

" Alah ! Senang je jadi model ni. Senyum sikit , senget sana sikit , posing sini sikit , siap ! "

No ! No ! No ! Salah ! Bukan senang taw! Nak photoshoot ni kena ada feel ! Baru orang tengok gambar tu dapat rasa perasaan kita time tu.

Kalau nak senyum,senyum betol betol. Nak happy go lucky,buat betol-betol. Baru gambar nampak real :)

Sayang sayang  teringin nak jadi model jugak ? Boleh,dear ^^ 

TAPI...
Kena tunggu entry lepas ni la ye? Hehe :D Nak kena cepat ni. Ada keje sikit ^^

Babai ! ^^ 




Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Giveaway KZNABIHAH Ekslusif Item !!! ^^



" Bangun semua! " Kata Ehsan merangkap ketua kelas Tadika Cun Melecun.

" Assalamualaikum,cikgu ! " Kata Upin-Ipin sekelas.

" Waalaikummussalam. Duduk semua. " Kata Cikgu Rosni yang berblouse merah digandingkan dengan  high waist skirt with polka dots ribbon. Nampak sangat bergaya cikgu hari ini. Dengan wedges kelabu empat inci menyerlahkan lagi penampilan Cikgu Rosni hari ini.

Upin Ipin dan kawan-kawan terkesima sebentar dengan kepelikan cikgu. Ya! Memang jarang benar nak tengok Cikgu melaram sakan macam ni.

Memang patut mereka semua ternganga luas ,seluas lautan pacific. Ish! Ish ! Ish ! Tak beradap betol ! Babab jugak kang ! -.-' (Tiba-tiba perasaan keibuan meruap-ruap dengan mengada-ngada)


Lebih kurang macam ni la rupa cikgu Rosni ketika itu.
Perhatian:Gambar ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati ye!


Selepas habisnya ke-sima-an Upin dan Ipin selama enam ratus empat belas saat, bermula lah sesi dialog dibawah:


" Upin,Ipin, kenapa tengok cikgu sampai juling-juling tu? "

" Cantik sangat ke? " Tanya cikgu Rosni sambil mengeluarkan bedak compact MIAMI dari handbag nya dengan tujuan untuk men-touch-up sedikit bulu mata palsu beliau. -.-' Agak kurang sopan kan?

Upin Ipin yang sudah lenguh mulut disebabkan asyik ternganga melihat keajaiban dunia yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan seraya berkata:

Cikgu Rosni dengan selamba biawaknya menjawab:
"Ish ! Malu lah cikgu macam ni." Cikgu Rosni cuba menutupi muka dengan tudung bawalnya. Konon-konon nak perasaan malu beliau turut di rasai oleh anak murid nya. Tapi hampeh -.-"

"Korang semua pun perasan ye hari ni cikgu lain sikit?"

"Cikgu memang sengaja nak bagi korang perasan yang cikgu ni memang cantik semulajadi. No cocok-cocok tau ! "

Budak-budak tadika dalam kelas tu semua blurrr. Tak faham dengan istilah cocok-cocok yang cikgu sebut. Tanpa mengindahkan ke-tidak-faham-an murid-muridnya,Cikgu Rosni tuntas meneruskan penerangan beliau dengan menggunakan POWER POINT ! Advance youuu ! Anak murid semua menggaru kepala sampai penuh meja dengan kelemumur masing-masing. Euwww !

"Hari ni cikgu nak promote sikit pasal blogshop yang cikgu jumpa dekat Facebook semalam. Memang banyak sangat lah pilihan. Bermacam-macam warna. Skirt yang cikgu pakai ni cikgu beli online dekat situ lah ! :D

Nanti balik rumah jangan lupa pulak promote dekat kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek. Semua lah ! Asalkan dia perempuan. Ni homework taww ! "

-.-' sungguh tak cool kan cikgu macam ni. Ahh! Sambung ! Sambung !

Murid-murid mengangguk tanpa bantahan. Sunyi sepi kelas tu. Yang kedengaran hanya suara Cikgu Rosni yang sibuk bercerita.

"Semalam disebabkan ke-eksited-an cikgu dek blogshop yang cool ni. Kedainya di panggil KZNABIHAH BOUTIQUE dan ni haa pages beliau KZNABIHAH PAGE . Cikgu dengan rakusnya menyiapkan slide show ni untuk tatapan korang. Meh kita tengok! "


GAMBAR PERTAMA


" Oh ! Cikgu suka sangat yang ni ! Nanti masa hari guru, awak-awak semua kumpul la duit ye. Pastu belikan cikgu hadiah. Cikgu nak skirt ni jugak ! Tak nak hadiah lain ! "

" Mengada nya cikgu ni ! Tampo laju-laju jugak kang ! " Bisik Ipin kepada Upin.


GAMBAR KEDUA 


" Alalaaaa... Comel je model tu kan? Haa! Jangan tak tahu! Tu lah tuan kedai KZNABIHAH ! Pandai bermain dengan fashion walaupun beliau chubby-chubby comel gituuu. Cewahh ! :D "


GAMBAR KETIGA


“Cikgu suka yang ni ! Yang ni ! (Sambil lompat-lompat bintang) . Ramai sekarang ni yang gila kan POLKA DOTS kan? Tak payah nak susah-susah pergi cari ribbon jauh-jauh nuhhh ! Dekat sini berlonggokk! Memang banyak pilihan. Yang penting, semua sweet-sweet je. " ^^

Tiba-tiba...
Mail mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan.
" Ye Mail. Awak nak tanya apa? " Kata Cikgu cantik ^^
" Cikgu,dari tadi cikgu asyik tunjuk gambar skirt ni je. Best sangat ke skirt ni,cikgu ? " Tanya Mail tanpa segan silu sambil buat muka mintak penampar harimau -.-"

" Eh ! Memang lah best ! Kalau tak,tak kan lah cikgu nak buang masa buat slide show ni untuk tatapan korang kan? Baik cikgu layan Ombak Rindu sambil makan jajan dengan cekedis je." 
( Adoilaaaa cikgu ni. Sengal betol ! -.-" )

Murid-murid lain semua mengangguk. Takut untuk membantah. Cikgu Rosni garang woo! 

" Cikgu memang suka sangat dengan skirt ni. Materialnya sangat sangat sangat lah selesa. Tak panas dan senang nak mix and match dengan t-shirt,blouse,dress. Lagi pun di KZNABIHAH kan diorang custom made. Boleh ukur ikut size kita. Tak dek la nanti terlalu besar atau terlalu kecik. Memang lain dari yang lain lah skirt ni. Tak dek lagi kedai yang ade jual skirt dengan polka dots ribbon ni. Kalau tak caye,pergilah cari ! "

Dan…
KRINGGGGGG!!!!!!!!

Loceng menandakan rehat sudah berbunyi. Tidak sempat Cikgu nak habiskan ucapan beliau -.-" Tapi sebelum membenarkan murid-muridnya keluar rehat, Cikgu Rosni sempat berpesan:

"Korang jangan lupa promote dekat saudara mara korang taw ! Kalau tak,cikgu bagi kosong kertas exam korang nanti ! (Kejam -.-') "


SEKIAN ^^


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.