-->

Tuesday, October 23, 2012

Wardrobe CLEARANCE !!! All items are below rm40 !!!

YES GIRLS ! ITS SUPER SALE !!!!!!!!
 
Do grab it fast okay? If not, i'm afraid that u might not sleep well tonight ! HAHA !
But before that, gimme some space to say:
 
Assalamualaikum ! ^_^ Hee :D
Feel excited olredi? Yeahh ! That the spirit ! But, let read the ' Term & Condition ' first :)

 
Terms And Conditions

1. Kindly email us separately for addition of new items. mixed emails will not be entertained. 
2. No back out buyers.
3. We will reply your emails in 24 hours and payment details will be provided.
4. We ONLY use BSN and Bank Islam.
5. Payment must be made in 48 hours after our confirmation email.
6. Send us your bank receipt by email as proof of payment (you can do this by taking a picture or scanning the bank receipt).
7. All items are free sizes unless stated.
8. We are not responsible for any lost or damages in the mail.
9. Prices are non-negotiable
10. Colours might differ slightly due to lighting and different screen.
11. All items bought are NOT refundable.
12. Postage will be doing a day after your complete payment.


Thank you for reading and enjoy shopping with us lovelies :)

 


Now your have understand enough of our term & condition. Yeahhh ! Let rocking babes ! :D As I said in the title above, ALL THE ITEMS ARE BELOW RM 40 !
oh man, u should grab them ! :D Soooooo, let cuci mata ! :D
 

FIRST ITEM
 

 
 
 
Item code: Polkadot wedges.
With soft 'baldu' design.
Available only in size 38
Only RM 40 !
Postage price only RM 7
 
 
 
SECOND ITEM
 
 
 
Item code: Yellow jacket with shining diamond.
Can fit S/M
Only RM 40 !
Postage price only RM 7
 
 
THIRD ITEM
 
 


Item code: Grey dress. (Please refer to FIRST SET OF COMBINATION for clear picture of dress)
Can fit S/M
Only RM 35 !
Postage price only RM 7
 
 
FORTH ITEM
 
 
Item code: Grey blouse. (Please refer to SECOND SET OF COMBINATION for clear picture of BLOUSE)
Can fit S/M
Only RM 25 !
Postage price only RM 5
 
Here we also have provided such great combination for your outfit. If you like to buy the whole set,just let us know okay? :) For your record, the price for the set is much cheaper compared from buying the item separately. So, make your best choice darla ! ^_^ 

 
 
FIRST SET OF COMBINATION 
 
 
Item code: Set jacket
The yellow jacket comes together  with the lovely grey dress
Price for the set RM 65 only ! 
Postage fee only RM 10 !
 
 
SECOND SET OF COMBINATION
 
 
Item code: Set blouse
The paisley shawl (you can choose the shawl from the link below) comes together with the gorgeous grey blouse
Price for the set RM 30 only !
Postage fee only RM 10 !
 
Oh, before I forgot, we also have some paisley shawl and some ' tudung segi tiga ' which is custom made from us ! :D Haa.. tercari-cari dimanakah ia? Yeahh, let click here sayang :D
 
For those who really really want to buy the items and the set, kindly:
 
Send an email to aidasuraya90@gmail.com
send your email with the title ORDER (only send us when you have confirm your order) and include these details:


NAME:
ADDRESS:
POSTCODE:
CONTACT NUMBER:
ITEM CODE :
*ALL THE ABOVE THE DETAILS ARE REQUIRED


NOTE:
kindly read the terms and conditions before making any order to avoid misunderstanding.
 
 
P/S: Any inquiries, please contact me through my mobile phone - 0147407279 ( SMS only)
 
 
HAPPY SHOPPING !!! ^_^

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Custom Made Shawl only RM 10 !!!


Terms And Conditions

1. Kindly email us separately for addition of new items. mixed emails will not be entertained.
2. No back out buyers.
3. We will reply your emails in 24 hours and payment details will be provided.
4. We ONLY use BSN and Bank Islam.
5. Payment must be made in 48 hours after our confirmation email.
6. Send us your bank receipt by email as proof of payment (you can do this by taking a picture or scanning the bank receipt).
7. All items are free sizes unless stated.
8. We are not responsible for any lost or damages in the mail.
9. Prices are non-negotiable
10. Colours might differ slightly due to lighting and different screen.
11. All items bought are NOT refundable.
12. Postage will be doing a day after your complete payment.


Thank you for reading and enjoy shopping with us lovelies :)

SUPER DUPER MURAHHHHHH !!!

Assalamualaikum and happy tuesday my lovelies ! :D Tengah cari paisley shawl tak ? Ape ? Mahal ? Eh, sape cakap ? Kat sini muuuuurahhhhh GILA ! Only 10 ringgit each ! :D Haaa.. now uols boleh senyum lebar sambil scroll bawah kan ? Hee :D Selamat cuci mata ^_^

FIRST ITEM  

 


 
Item code: Shawl Black n White 1.
Can be wear 2 ways.
Price : RM 10
Postage price only RM 5


SECOND ITEM 




Item code: Shawl Black n White 2.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

THIRD ITEM 

 
 
 
Item code: Shawl Black n White 3.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

FORTH ITEM




Item code: Pink Paisley 1.
Can be wear 2 ways.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

FIFTH ITEM




Item code: Pink Paisley 2.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

SIXTH ITEM




Item code: Green Paisley 1 .
Price : RM 10
Postage price only RM 5

SEVENTH ITEM




Item code: Green Paisley 2 .
Price : RM 10
Postage price only RM 5

EIGHTTH ITEM



Item code: Shawl Black n White 4.
Can be wear 2 ways.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

NINETH ITEM




Item code: Tudung Segi Tiga Hijau.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

TENTH ITEM




Item code: Tudung Segi Tiga Pink.
Price : RM 10
Postage price only RM 5

For those who really really want to buy the items and the set, kindly:
Send an email to aidasuraya90@gmail.com
send your email with the title ORDER (only send us when you have confirm your order) and include these details:


NAME:
ADDRESS:
POSTCODE:
CONTACT NUMBER:
ITEM CODE:
*ALL THE ABOVE THE DETAILS ARE REQUIRED


NOTE:
kindly read the terms and conditions before making any order to avoid misunderstanding.
P/S: Any inquiries, please contact me through my mobile phone - 0147407279 ( SMS only)
HAPPY SHOPPING !!! ^_^

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Saturday, September 15, 2012

Esok dah last raya kan? Nak duit raya?


Hai ! Assalamualaikum ! :D

Lamanya lah aku tak hapdet blog ni. Dah bersawang dah. Nak gotong - royong bersihkan blog pon tak sempat. Busy je memanjang. Sampai nak makan,minum pun tak sempat. Okay, tu tipu. Padahal tadi da makan siap tambah-tambah lagi :P

Eh, esok dah last raya kan? Kira aci tak kalau aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kat korang? Ahh! kira aci la kan. Selamat hari raya korang :) Macam mana dengan raya? Banyak dapat duit raya? Untunglaaa korang still dapat duit raya. Aku dapat dua puluh lima hinggit lapan puluh sen sahaja. Kenapa yang lapan puluh sen tu? Ada jugak ke yang bagi duit raya lapan puluh sen dekat hamba Allah yang dah berumur 22 tahun ni? Oh, bukan-bukan. Yang lapan puluh sen tu sebab adik aku mintak dua posen sebab nak beli gula-gula dekat kedai Abang Di dekat depan rumah ni haa. Duit dia tak nak guna. Sayang sangat kata nya. Eleh, budak-budak mana boleh simpan duit banyak-banyak kan? Bak akak simpan meh ;)



Tolong abaikan kerusi merah yang buruk kat belakang tu. Rumah saya sentiasa bersepah even hari raya -_-'

Ya! yang tudung biru,baju hitam tu mak saya lah! Memang muka saya tak dek iras mak kan? :(

Dah! Dah! Tak yah nak belek sangat muka aku yang tak semengah tu. Tak cool okay? Nak duit raya? Meh la rumah :D 

Tapi orang tak dek kat rumah. Haha! :D Okay,bye ! :D

P/S: Rumah sape ade bakar satay, sila bagitau eh. Mengidam ;D




Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, May 20, 2012

Barang yang dulu sangat BEST dikenang !

Assalamualaikum ! ^^


Apa kabaran semuanya? Apa sihat-sihat belaka? Harap nya kamu kamu semua sihat ya ! :D


Waduh ! Kok bisa ngomong Indon ya? -_-"


Ehem ! Ehem ! ( Tukar effect suara )


Dikala pagi yang hampir menjengah tengahari ni perut tiba-tiba ber keriuk-keriuk asli minta diisi. Oh ! Tiba-tiba teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Time rehat la paling syok sekali ! 


Dulu masa sekolah, memang niat nak pergi sekolah semata-mata nak makan laksa mak cik zenab (bukan nama sebenar). Best gilos la laksa dia ! Terbaik ! Orang tua-tua zaman kejatuhan Majapahit dulu ada berpesan :


" Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke tudung "


Ya ! Memang sangat kena peribahasa zaman batu itu ditujukan untuk aku. Kalau dah pekena laksa mak cik zenab, memang kompom kompom tudung habis penuh dengan kuah laksa. Ghairah sangat dengan laksa mak cik zenab -.-"


Orang selalu lepas makan ada pencuci mulut kan? Yes ! Aku pun ada jugak lah ! Pencuci mulut serta gigi yang menjadi kegemaran anak pak cik Rahim ni tak lain dan tak bukan keropok lekor sebatang dua kupang tu. Walaupun keropok lekor tu semua ketot-ketot, aku tetap tekun membeli walaupun ada sesetengah pihak tu mencegah aku daripada membelinya. ( Diorang jeles sebenarnya. Kalau hulur, diorang ambik jugak :P )


Okay ! Cikgu pesan, kalau tak nak gemuk kena bersenam. Lepas makan laju-laju aku terus ajak geng ropol-ropol aku main ligan-ligan (kejar-kejar) dekat padang. Nah kau ! Selak kain mengalahkan makcik Melah nak beranak. Habis berpeluh ketiak. Dah puas main, sambil lompat-lompat comel aku terus masuk kelas. Masa tu tudung pun tak tahu hilang kemana -.-'


Bila masuk kelas banyak pulak syaitan-syaitan yang direjam ikut sama masuk kelas. Dengan godaan syaitan yang hamat hebat, maka terlentok lah sekejap ( sekejap tak sekejap jugak. cikgu dah keluar baru terjaga )


Haa ! disebabkan asyik ketiduran tu lah ilmu susah nak melekat dalam kepala hotak . Bila exam, ni lah hasil nya -.-"






Yeayyyy ! Loceng dah bunyi !!! Tandanya masa makan  kedua sudah menjelma. Makan ! Makan ! Makan ! :D Pakcik jual satay ikan dah get ready dekat luar pagar sekolah sambil tersengih-sengih menunggu mangsa. Tunggu nak terkam ja. Rakus betol pakcik ni -_-" 


Bagi niat untuk menyumbang kepada ekonomi negara, aku dengan ikhlas membeli beberapa cucuk satay ikan beliau. Sangat sedap okay ! Memang berbaloi-baloi lah ! Sambil tunggu abah datang jemput, aku sibuk menghabiskan satay ikan yang lazat tu tanpa menghiraukan pelajar lain yang sungguh asyik melihat gelagat aku menelan beberapa ketol satay ikan.  ( Ah ! Ada aku kisah :P )


Sudah ! Sudah ! cukup sampai disini saja. Post masa lunch kot. Agak-agak la kan :P


Moral of story : Makanan zaman dulu lagi sedap dan murah sekali ! :D







Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, May 13, 2012

Mana satu ni? Angsa ke Beruang?



Assalamualaikum wahai saudara saudari yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bertemu lagi kita di laman sesawang yang sememangnya bersawang disebabkan tuan tanah yang tak menyempat nak hapdet entry beliau.


Srottt.. ! Tacing punya pasal, meleleh hingus hijau yang hampir tertitis pada seluar coklat. Opp! Bukan seluar spongebob ye ! 


Pendahuluan yang memang tak boleh blah ! Mengalah kan ucapan guru besar masa nak mula perhimpunan masa sekolah rendah dulu. Time tu pulak aku sibuk baling batu-batu kecik dekat member yang kononnya khusyuk nak dengar bebelan guru besar yang sememang nya besar gedabak ! 

Eh! Eh ! Bukan niat nawaitu saumaqadin nak bercerita pasal guru sekolah yang besar badak tu okay. Tite nak cite pashal angse vesyes beyuang ni . (Masa kecik tak pernah sebut beruang. kite sebut bear je :P )




VERSUS


 Oyeahhh ! Saya peminat beruang comel ! :D Johan comel gilos kot ! 




Walaupun dah tinggal berapa kerat je members dalam BERUANG COMEL tu, gua yakin diorang boleh menang ! :D


Korang ade ke? :P




Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, April 1, 2012

Giveaway Special by AnisEshop ! ! ! ^^



" Bangun semua! " Kata Ehsan merangkap ketua kelas Tadika Cun Melecun.

" Assalamualaikum,cikgu ! " Kata Upin-Ipin sekelas.

" Waalaikummussalam. Duduk semua. " Kata Cikgu Rosni yang berblouse merah digandingkan dengan palazzo hitam. Nampak sangat bergaya cikgu hari ini. Dengan wedges kelabu empat inci menyerlahkan lagi penampilan Cikgu Rosni hari ini.

Upin Ipin dan kawan-kawan terkesima sebentar dengan kepelikan cikgu. Ya! Memang jarang benar nak tengok Cikgu melaram sakan macam ni.

Memang patut mereka semua ternganga luas ,seluas lautan pacific. Ish! Ish ! Ish ! Tak beradap betol ! Babab jugak kang ! -.-' (Tiba-tiba perasaan keibuan meruap-ruap dengan mengada-ngada)


Lebih kurang macam ni la rupa cikgu Rosni ketika itu.
Perhatian:Gambar ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati ye!

Selepas habisnya ke-sima-an Upin dan Ipin selama enam ratus empat belas saat, bermula lah sesi dialog dibawah:


" Upin,Ipin, kenapa tengok cikgu sampai juling-juling tu? "

" Cantik sangat ke? " Tanya cikgu Rosni sambil mengeluarkan bedak compact MIAMI dari handbag nya dengan tujuan untuk men-touch-up sedikit bulu mata palsu beliau. -.-' Agak kurang sopan kan?

Upin Ipin yang sudah lenguh mulut disebabkan asyik ternganga melihat keajaiban dunia yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan seraya berkata:
Cikgu Rosni dengan selamba biawaknya menjawab:


"Ish ! Malu lah cikgu macam ni." Cikgu Rosni cuba menutupi muka dengan tudung bawalnya. Konon-konon nak perasaan malu beliau turut di rasai oleh anak murid nya. Tapi hampeh -.-"

"Korang semua pun perasan ye hari ni cikgu lain sikit?"

"Cikgu memang sengaja nak bagi korang perasan yang cikgu ni memang cantik semulajadi. No cocok-cocok tau ! "

Budak-budak tadika dalam kelas tu semua blurrr. Tak faham dengan istilah cocok-cocok yang cikgu sebut. Tanpa mengindahkan ke-tidak-faham-an murid-muridnya,Cikgu Rosni tuntasmeneruskan penerangan beliau dengan menggunakan POWER POINT ! Advance youuu ! Anak murid semua menggaru kepala sampai penuh meja dengan kelemumur masing-masing. Euwww !

"Hari ni cikgu nak promote sikit pasal blogshop yang cikgu jumpa dekat Facebook semalam. Memang banyak sangat lah pilihan. Bermacam-macam warna. Nanti balik rumah jangan lupa pulak promote dekat kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek. Semua lah ! Asalkan dia perempuan. Ni homework taww ! "

-.-' sungguh tak cool kan cikgu macam ni. Ahh! Sambung ! Sambung !

Murid-murid mengangguk tanpa bantahan. Sunyi sepi kelas tu. Yang kedengaran hanya suara Cikgu Rosni yang sibuk bercerita.

"Semalam disebabkan ke-eksited-an cikgu dek blogshop yang cool ni. Kedainya di panggil ANISESHOP'S BLOG dan ni haa pages beliau ANISESHOP'S FACEBOOK . Cikgu dengan rakusnya menyiapkan slide show ni untuk tatapan korang. Meh kita tengok! "


" Sekarang ni diorang ada buat SHARE AND WIN tau ! Cikgu pun join jugak ! " Kata Cikgu tanpa segan silu.

"Mau nye cikgu tak join, best kott  hadiah dia! Nanti boleh la cikgu melaram sakan! Korang tak caye? jom tengok gambar ni. "

" Hadiah nya bukan main syok lagi ! Ni list hadiah nya ! :D " Teruja cikgu menatap senarai hadiah di powerpoint tersebut. 

 HADIAH FREE SHAWLS/HIJABS/INNERS

TEMPAT PERTAMA
-10 HELAI + Mystery Gift

TEMPAT KEDUA
-6 HELAI + Mystery Gift

TEMPAT KETIGA
-4 HELAI + Mystery Gift



FLOWER PASLEY SQUARE SCARF
"Pilihan ramai remaja sekarang. Sangat mudah digayakan dengan blouse dan dress. Lebih kurang yang cikgu pakai ni la. Cantik kan? Memang sangat selesa. Nanti cikgu ingat cikgu nak beli online lagi lah! Kalau menang, tak yah la nak beli dah kan ;) "



TUDUNG BAWAL ZARAA
“Cikgu suka yang ni ! Yang ni ! (Sambil lompat-lompat bintang) . Ramai sekarang ni yang gila kan tudung bawal kan? Tak payah nak susah-susah pergi cari dekat Jalan TAR nuhhh ! Dekat sini berlonggokk! Memang banyak pilihan. Yang penting, semua sweet-sweet je ^^ .”



SHAWL POLKADOT
"Haa ! Yang ni cikgu dah beli dah. Mungkin esok sampai. Nanti cikgu boleh pakai datang kelas. (Wink,wink!) Nanti korang tengok lah.Baru lah nampak ayu sikit. Kan? Nanti ternganga lagi lah korang ! :P "


TUDUNG BAWAL PLAIN
"Ni sekarang dah jadi trend taw! Makcik-makcik jual sayur dekat pasar pun dah try fashion ni. Nak glemer lah katekan. Tudung yang cikgu pakai  ni,beli kat sini lah. Memang selesa lah ! Mak sedara belah nenek cikgu pun ade pesan jugak suruh beli dekat diorang. "

Tiba-tiba…
KRINGGGGGG!!!!!!!!

Loceng menandakan rehat sudah berbunyi. Sebelum membenarkan murid-muridnya keluar rehat, Cikgu Rosni sempat berpesan:

"Korang jangan lupa promote dekat saudara mara korang taw ! Kalau tak,cikgu bagi kosong kertas exam korang nanti ! " (Kejam -.-')


SEKIAN! ^^

Tagged :
Cik Nurferl
Nikeeya
Fatin


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.