-->

Thursday, December 29, 2011

Impak Nasik Lemak Kepada Seorang Pelajar Bernama Aida Suraya

Assalamualaikum Readers!! 。◕‿◕。


Apa khabar korang? Sekarang ni musim tak menentu. Kejap panas terik,kejap hujan lebat - lebat. Sejuk sampai ke tulang hitam. Grrrr. Jaga kesihatan okay? :) Aku sayang korang tau! :')

Uh! di pagi yang dah nak masuk tengahari ni tiba - tiba teringat nasik lemak yang mak buat. ~.~' Alamak. Meleleh la pulak! Korang yang boleh makan nasik lemak mak korang hari - hari patut rasa bersyukur tau! Kalau korang duduk tempat aku sekarang,baru korang tahu betapa bernilainya sebijik nasik yang mak korang masak tu. Tak ternilai beb!

Nasi lemak memberi impak yang besar dalam hidup aku. Kalau aku sampai tahap mengidam yang gila babi, otak aku dah jadi tak keruan. -.-' Mula nak gigit - gigit selimut sesedap rasa. nasik lemak tak dapat, selimut pun jadik la. :'(



Pinjam Google. Nasik lemak mak aku lagi POWERR!

Bila dah tak dapat nak melantak nasik lemak mak aku di pagi yang hening ni,semangat pun susah nak berdamping. Membuatkan aku liat nak study walaupun exam dah nak dekat. ahh! Alasan je engkau tu! kalau malas,cakap je la. Korang nampak tak impak nasik lemak dalam hidup aku? Nampak? GOOOD!

Dari kecik - kecik lagi aku dah dibesarkan dengan nasik lemak daun pisang ni. Memang deeeeeeliciousssss! Salah satu sebab kenapa aku bangga menjadik rakyat Malaysia! Masa sekolah rendah, sebelum nak masuk pintu pagar sekolah ada sorang mak cik jual nasik lemak. Memang pandai dia carik port nak meniaga kan? Macam tahu - tahu jek keluh kesah perut aku ni. Tiap - tiap hari wajib beli nasik lemak dia! Tak pernah miss! unless kalau tak pergi sekolah atau mak cik tu cuti hari tu.

Yang tu untuk breakfast je. Nanti time rehat,beli lagik sebungkus. Dekat kantin wajib beli keropok lekor! Sedap,sedap,sedap! Walaupun kopok lekor dia kurus kering macam cicak kobeng, tapi kelazatan memintas untuk terus memilih kopok lekor.

Memang best bila pikir pasal makanan ni! Buat perut aku bersemangat untuk terus bersorak! eh, macam makin kuat pulak bunyik nye. Okay lah,nak pergi carik nasik lemak kejap. Entah ada ke tak tengah - tengah hari ni.

Bye! 

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Monday, December 26, 2011

Durian Runtuh di Tahun 2012???

Hello,People! 

Ehem! dah tak lama nak masuk tahun baru kan? Macam mana dengan tahun 2011 ni? Azam korang untuk tahun ni dah tercapai ke? Aku macam biasala. Azam selalu terkubur di lebuhraya. Tak pernah nak terlaksana. -.-' Sadis jugak hidup gua. Sobs :'(

Ada tak antara korang simpan azam nak dapat duit banyak-banyak tahun depan? ADE? haa... aku ada satu jalan macam mana korang boleh dapat duit tanpa perlu bersusah payah nak bekerja. Tak payah nak berkerut dahi sampai terjojol urat-urat kening. Ngeri la pulak.

Belas ehsan Google

Korang hanya perlu dapatkan laptop/komputer yang penting boleh online. Korang kena promote iklan dorang je. Kalau korang ni blogger,lagi cepat boleh kaya. Kalau bukan blogger pon boleh jugak join. Janji ada FB/Twitter. Zaman siber ni kalau tak pandai nak kodek-kodek FB/Twitter tipulah kan.

Dah eksited nak tahu macam mana kan? Korang pernah dengar CHURP-CHURP? Alaa.. yang burung biru tu. Macam kat bawah ni.

Actually aku baru je dengan benda ni. Tapi Alhamdulillah. Boleh mahsyuk wa cakap! tak menyesal kalau sign up. Nak tengok bukti? Nah!

Dah percaya? Cepat-cepat sign-up lah! Nak sign-up,KLIK SINI! Aku gerenti korang tak kan kuchiwa! Seriously!


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Uh! Busy nya Cek! -.-"

Assalamualaikum korang!

Fuh. Semalaman tak sempat nak hapdet blog. Kini baru ada kesempatan. Di kesempatan ini,aku nak tujukan lagu buat…. Eh! Apehal yang sewel sangat ni? Damn! Malu kotram! -.-'

Ingat kan  masa study week ni boleh bersenang lenang dahulu bersusah-susah kemudian. Tapi hampeh. Hanya tinggal kenangan. Kelmarin sibuk bermanjakan diri dengan adik-adik aku yang agak banyak songeh dan kurang ajar nya membeli perkakas nak masuk sekolah.

Mak weyh! Penat kot buat benda alah ni! Lenguh kaki. Tu baru dua orang adik. Kalau empat ratus tujuh puluh tiga adik? Alamat kebas kaki setahun. Tipu. Dengan perangai diorang yang banyak songeh ditambah dengan ketidak sopanan beliau,merumitkan lagi keadaan.


Korang ni apehal? Jangan nak buat malu aku pulak! Tampo laju-laju jugak kang!


Sebelum tidur semalam dah set dalam kepala hotak esok nak berhangout dengan rakan taulan yang dah lama tidak ketemu. Tapi semuanya bertukar kelam. Sentap gua! Nasib baik duit nak beli barang-barang dorang ni bukan pakai duit aku. Kalau tak,lagi sentap. Seriously!


Adoila. Mahal beno! Panas perut ibu mengandung! -.-'


Belanja budak-budak ni saja dah nak dekat RM200. Memang mengada-ngada lah budak zaman sekarang ni! Kalau belajar tak pandai, aku cepuk jugak kang! Zaman siber ni kalau tak dek duit,alamat makan berbekaskan tempurung, minum berbotolkan kicap la gamaknya. Macam tak dek kaitan kan? Memang pon. Sori.Sambil buat muka papadom

Tu tak masuk lagi dengan duit buku dorang. Adoila. Sakit! Nanti zaman aku beranak pinak macam mana la eh? -.-' Keluh kesah tiba-tiba.


Thats why aku selalu berharap dapat kawen dengan anak dato'


Jadi pesanan khidmat masyarakat daripada aku:

“Ukurlah baju dibadan sendiri. Berbelanjalah secara sederhana. Kan Islam tu.”- Aida Suraya,2011



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Saturday, December 24, 2011

Oh! Bulan ♫♪

Assalamualaikum! 

Nikmatnya dunia di kala study week ni sempat berdesus desas dekat rumah sambil membelai perut yang memang menunggu saat-saat romantis ini. Tersenyum beliau. -.-'

Korang minat Yuna? Ohmaigod! Minat gilos? Same la kite! Gua minat habis dengan minah sempoi ni. Kalau korang di beri peluang untuk join dalam Yuna punya video klip,korang nak tak? Nak? Nak jugak! Ngade nye engkau! -.-'

Nak join? Meh pakat ramai-ramai klik kat SINI. PERHATIAN: Klik laju-laju tau! 

Yang tu kalau nak join video klip Yuna. Kalau korang rasa macam segan je nak interframe dalam video dia tu, korang boleh join contest ni.



"NAMA KAN SINGLE TERBARU YUNA"

Contest ni paling senang,paling simple. Korang tak payah nak susah-susah menari,menyanyi macam Yuna. Yang korang kena buat,perah kepala hotak nak cari idea untuk namakan single terbaru dia. Aku nak bagi sikit tips la kan. Sebelum nak nama kan tu, korang kena la dengar dulu lagu terbaru dari beliau. Pastu baru boleh nama kan dengan betol. Kat mana nak dengar? Haa, klik SINI KUAT-KUAT!!! 

Buat korang yang berniat nak join, aku nak wish Good Luck lah. Nanti dah menang,belanja la ye? Ngade buat kali kedua -.-'

Okay,bubye! 

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Thursday, December 22, 2011

Follower Beriban Tu Penting ke???

Hola-Hola!

Ehem! Dah SOLAT? Dah. Alhamdulillah :) Dah makan? Dah jugak. Dah tengok berita? Apa? Tengah tengok? Haa.. Bagus-bagus. Apa motif aku ni? Damn! -.-"

Tahniah buat adik-adik yang dapat straight A untuk PMR kali ni. WELL DONE!! :) Kalau tak silap aku, PMR ni yg terbaik dalam 4 tahun ni kan? Tahniah lagik!! huh! Macam lari topik je.

Ehem! Apesal kalau buat blog mesti nak follower beriban? Perlu ke follower beriban tu? Bagi aku, kalau nak berfollower pun biar lah yang follow tu dengan ikhlas hati. Bukan kerna terpaksa. 
Cop! Cop! Macam tajuk laju je kan? Ke tak eh? Lantak.



Yang penting follower yang setia. Yang sentiasa menanti entry kita. Bukan yang jenis you follow I, I follow you. Kan? Ke korang tak sokong aku? Ohh! Please la setuju. Nak makan free tak? Bukan rasuah ke tu? -.-'

Nak berfollower boleh,tapi jangan sampai nak paksa-paksa orang la. Okay? 



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Jangan Buat-Buat lupa pulak -.-'

Assalamualaikum! 

Haa. buat apa tu kak Kiah? Goreng cekodok? Yum Yum! Sedap noh! :D

Ya. Aku tak berniat nak bercerita pasal Kaka Kiah yang sedang leka di dapur sambil bermain tepung adunan yang dicampur dengan pisang lembik. Hari ni aku nak beri WARNING dekat semua rakyat Malaysia yang sedar dek untung!

Wah! Marah nampak? Cool la. Sebelum tu. Nak tanya ni. Korang umur berapa? Dah pandai main fesbuk? Pandai Tweet-tweet tak? Haa.. Kalau dah pandai, mesti korang pandai jugak nak klik dekat SINI kan? Sila klik dengan kelajuan Matahari.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, korang wajibal qunnah kena REGISTER

" Saya dah, Anda bila lagi? "

Eh! Eh! Amaran daripada pihak berwajib. Adik-adik yang kurang umur (bawah 21 tahun) sabar-sabar la ye. Jangan register lagi. Tak di terima buat saat ini.

**Pssstt! silap! bukan kurang umur,bawah umur la! Demm!! -.-'



Buat abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik sepupu, abang ipar sebelah nenek tiri moyang, yang sudah mendaftar, korang kena check nama korang ada dalam list SPR ke tak. Nak check macam mana? Sonang yo! Kelik SINI TANPA JEMU!

Dah siap mendaftar dan semak? Kiranya korang dah terselamat daripada di buang negara. sumpah tipu.

Nanti jangan lupa pergi mengundi! Pilih lah saya pemimpin yang bertauliah! 

Pesanan khidmat masyarakat (PKM) daripada lebahcomelterbang.blogspot.com 


Sila like kalau suka dengan (PKM) ini. Thanks 


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Wednesday, December 21, 2011

S**T BETOL LA OMBAK RINDU NI!!!

ATTENTION: ENTRY NI PENUH DENGAN AYAT HODOH.
MAAF KALAU TAK SUKA.

Tension! Tension! Tension! Tension! Tension! penat dah aih!

Memang ramai yang sekarang ni makan, minum, tidur, semua dengan ombak rindu. Bagi aku kalau nak fanatic sangat pun tak payah la sampai nak susah kan orang pulak. Masalah-masalah ni timbul sejak bayangan ombak rindu ni muncul. Sebelum ni tak pernah jadik. Sumpah tak tipu!


Time nak mandi.


Maaf tak cantik. Darah seni kurang -.-'

Di pagi hari yang hening selalunya diserikan dengan kicauan burung pipit kini di ganti dengan lagu tema Ombak Rindu. Kalau sehari je dapat di maafkan tapi ni dah kali ke 652572254632 juta kali naik bernanah cuping telinga ni -.-' 

Bila dah duduk dalam bilik air tu, tak reti-reti nak mandi cepat-cepat. aku pon bayar bil air jugak weyh! Bukan engkau sorang je. Setiap pagi wajib tunggu dia nyanyi habis 4567658 kali lagu ombak rindu tu nak keluar bilik air. Adoila -.-'


Time makan. Tak kira makan pagi,petang,siang, malam

Bila nak start makan ni -.-' Lapar dah ni,bangang!

Haih! Sebelum ni duduk same-same. Pastu baca doa pastu teruskan usaha untuk menghabiskan rezeki di pinggan. Tapi kali ni nak kena tunggu lagu tu habis dulu baru boleh start baca doa makan. Memang lauk sejuk dulu la kot. Tu pun nasib baik 1 lagu je. Kalau dia mintak nak buat permintaan lagu kang parah jugak -.-' ok. Biarkan.


Time tidur malam

Tidur-tidur la. Esok aku ada test ni. aku sepuk jugak budak ni kang! (Dalam hati)

Yang ni paling aku tension. Kalau time tidur petang,aku boleh maafkan lagik.Ni dengan esok pagi-pagi buta ada test. Dia tak habis-habis memekak. Sakit nya batin mak! Bukan tak boleh nak melalak. Tapi tolonglah ukur baju di badan sendiri. Eh,macam tak masuk je. Ahh! lantak la masuk ke tak. 

Pesanan aku,kalau nak fanatic sangat jangan sampai nak susahkan orang lain. Sekian.

Thanks sudi baca 



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Monday, December 19, 2011

SEGMEN PERTAMA : Kenapa Korang berblogging?

Assalamualaikum (◕^^◕)



Hai korang! :) Hari ni tiba-tiba aku terasa nak try buat segmen. Nak tengok dapat sambutan ke tak. Untuk segmen yang mula-mula ni, aku pilih topik yang sinonim dengan semua blogger la ye. Cuma tiga soalan je. Ikot korang la nak jawab macam mane. Pendek-pendek pon tak pe. At least menjawab soalan. Okay? :) 


Solan Pertama:
kenapa korang memilih blog sebagai medan pengantara untuk meluahkan hasil tulisan korang?

Adakah sebab duit? Suka-suka? Nak popular?


Solan Kedua: 
Siapa yang memberikan korang ilham untuk berblog. Ayat mudah sikit, siapa idola anda dalam dunia blogging ni?

Of course la blogger yang femes-femes menjadi idola korang kan? Please state at least one. Kalau lebih dialu-alukan :) 

Solan Ketiga:
Apa yang korang harap kan dari dunia blogger ni?


Kalau aku, aku berblogging mula-mulanya hanya suka-suka. Tengok member-member macam best je kan hari-hari buat entry. Terasa pulak nak mencuba. Lepas tu try lah buat satu account. Tapi dulu aku sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tak serius sangat dengan dunia blogger ni. Tapi sejak-sejak aku terbaca blog YUYU ZULAIKHA aku terus rasa WOW! bestnya  blog dia ni! Then tiba-tiba datang satu semangat nak jadi macam dia satu hari nanti. Korang doakan la ye :)

Duit? Mula-mula aku berblogging, aku tak pernah tahu yang blog ni boleh buat duit. Bila dah lama-lama dengan blog tak lama mana pon actually , aku baru tahu. Then sedih jugak la sebab banyak yang berblogging sebab nak duit semata-mata. Harap korang tak macam tu ye :)

Actually dunia blogger ni banyak membantu tau! Kalau nak tau pasal update sesuatu benda tu, search je kompom banyak entry yang keluar. Aku berharap dunia blogger ni makin meriah dengan blogger-blogger yang makin ramai. Baru happening! kan? kan? kan? ;) 

Okay, sudah la tu kot untuk jawapan aku. Korang pulak macam mana

Tolong respond,Pleaseee :) 

Thanks. sayang korang 


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Oh Mai Gosh!!! Give away untuk korang-korang yg gila kan hadiah!!! TERJAH!



ehsan Mr. Google je yg mampu. 

Okay kat sini aku dah list kan hadiah-hadiah give away mengikut jenis hadiah. Dah lama dah aku duk skodeng-skodeng. Memang menarik gilos hadiah dia! Kalau nak join, just klik dekat link di bawah ye :)


JOIN SEKARANG!! :D

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, December 18, 2011

Adoi! Kena Pukau Lagi! -__-"

Assalamualaikum 

Haih! ni kali kedua dah aku kena pukau dengan tak semena-menanya. Memang tension rasanya! Rasa macam nak terjun tingkat 80 ja. Okay,itu tipu.

Pagi tadi sedar-sedar dah pukul 9. Alamat tak pergi kelas lah aku hari ni -__-"

Pastu terus call prof :

Sori Prof,sy bukan sengaja nak  ponteng kelas. Semalam sy dah siap sedia dah nak pegi kelas. 
Tup-tup tak sedar la pulak.

Okay,yg cakap dengan prof tu pon dalam tido jugak ye. Tak kan nak cakap camtu pulak kan? Kang tak pasal-pasal berparut muka bergaris empat belas kang. :(

Alang-alang dah terlajak tido, terus kan usaha menternak taik mata lagi la kan ^__* Haha! :D

Korang-korang pernah rasa macam ni tak? Esok tu korang set alarm kuat mana eh? -__-"

KOMEN PLEASEEEE!!  

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Friday, December 16, 2011

Fuh! Sehari suntuk nak dapat benda alah ni!

Assalamualaikum 



 ni sampai 7 PM tadi 



 Ni sampai pukul 8 PM. Cantik kan number tu? :)

Walaupun bagi korang bilangan ni tak banyak mana, tapi bagi aku dah cukup-cukup bersyukur sangat. kalau nak ikot kan, follower aku tak sampai seratus pon. Tapi alhamdulillah. :)

Macam mana nak maintainkan traffic blog,selalu lah berblog walking :) Tak susah pon. Macam window shopping jugak lah. mana lah tahu esok lusa follower korang bertambah 343543435 ribu. Kan rezeki tu :)

Selamat berblogwalking semua! :) 

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Duit Daripada Nuffnang untuk Semua Blogger!!!

Assalamualaikum 

Ohoi hoi! Bersemangat ni nak hapdet entry baru. Aku ni baik hati tau! Nak share ngan korang-korang semua ni. 

Nak duit tak? nak tak? Mesti la nak kan?  

Okay,tadi aku check email pastu tengok ada mesej ni dari Nuffnang.


kurang kelihatan? Klik untuk tumbesaran menyeluruh 

Nuffnang dan Kementerian Kesihatan Malaysia bergabung tenaga zahir dan batin untuk menjayakan kempen 'Tak Nak' ni.Kita yang blogger-blogger ni boleh la join. Hadiah dia menarik siooooottt!!

Ni senarai hadiah:

  • 1st place: RM 1,000.00 
  • 2nd place: RM 700,00
  • 3rd place: RM 500,00 
  • 4th place: RM tunai 300 
  • 5th place: RM 150 
  • Saguhati: Baucer Worth RM50.00


Menarik kan? Nak join? Apa nak kena buat?

Steps: 


Mengambil gambar dengan tema kempen 'Tak Nak' tanpa menggunakan rokok atau kotak rokok sebagai prop 
Post di blog anda sebagai sesuatu yang terkini 
• Masukkan kata kunci seperti # taknak, photo contest / duit free dan tidak membunuh

• Link kan di gayahidupsihat.my


Haa! meh pakat ramai-ramai join! :D 



P/S: untuk maklumat lanjut,klik SINI!

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Walaupun Aku Tak Ikhlas, Tapi AKU MAAFKAN KAMU


Timbul tenggelam,timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Sebahagian daripada part rapping dalam lagu - Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)

Okay,memang aku tak paham dengan lirik ni. Ada yang boleh tolong translate tak? Tapi aku suka part rapping ni! :D Hidup Jamal! tiba-tiba -__-"

Eh! Tadi aku try search gambo Jamal dengan Malique, Konon nak tempek besar-besar la dalam entry ni. Biar 5687628636753263824657 juta lemon peminat Jamal dengan Malique serbu blog aku. Hakhak! Muka mintak penampo 

Then keluar pulak gamba ni -__-" Jamal ada kaitan dengan penguin ni ke??


P/S: Musykil tak habis lagik nih! -__-"

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Thursday, December 15, 2011

WOW! Jom Follow Mollow!



Minit pertama


Setengah minit kemudian! :D


Nak ramai follower? Demi meningkatkan traffic blog,jom ramai-ramai
  BLOGWALKING & FOLLOW! :D


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Aku sorang je ke yang 'Pending' ni?





Eh! Kenapa aku baru tahu pasal benda ni eh? sambil korek-korek telinga pastu pandang atas lama-lama. Konon macam nak refresh balik.

Korang dah tahu? Memang kompon den sorang jo yang ketinggalan dek zaman -__-"

Tadi bukak ERA FM, then terjumpa artikel pasal Apek a.k.a Khairul Fahmi Che Mat.

Salam takziah buat Apek. Sama-samalah kita doakan semoga roh adiknya dicucuri rahmat. Kalau korang pon pending macam aku jugak,sila lah malu-malu klik SINI.

P/S: Walaupun aku tak berapa suka dia ni,ikhlas nya aku! Tapi sebagai insan yang baik hati  berperikemanusiaan,sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan dia. Amin! :)

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Wednesday, December 14, 2011

Invitation From Nuffnang For Yuna Concert (Hotlink) !!!




Okay,aku saja buat entry ni sebab nak bagi korang jeles! haha! :D Keji kan saya? then,what? You nak jugak? Amik la.. 

Sangat sadis sekali aku tak boleh nak join Yuna malam ni sebab ada banyak test la pulak minggu ni. :(

Untuk Yuna: 
"Sori,Yuna. I can't make it. I really want to go but  something came up suddenly.
 Really-really sorry. Hope to see you again :("
LOVE

Nak amik tiket I? Silakan tapi please send my regard to YUNA. Pleaseeeee.... :(

P/S: Perasaan penuh dengan redup redam  :'( anyway, thanks Nuffnang! 


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, December 11, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay


OMG! Hadiah peli! Hadiah peli! tiba-tiba ada suara budak cina terngiang-ngiang!

Okay,tgk tajuk pon dah paham benor la kan? Aku nak join GA nih! meh la pakat-pakat memeriahkan lagi GA si Nisa ni. Gempak doh! kalau tak silap ada 91 hadiah semua sekali. Ada 24 sponsor! Gila B*** btol la!

Dah terkinja-kinja nak hadiah kan? haa.. nak buat macam mana? Meh nak habaq..

STEPS:
1) Buat entry bertajuk "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay".

2)Letak banner giveaway dalam entry korang. Klik laju-laju untuk grab banner!

3)Letak link sponsor dalam entry! penting ni! jangan tinggal satu pon okay! :)
Ni ha sponsor-sponsor yang kaya raya dan baik hati.


4) WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!

5) Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.

6) Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.

7) LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di sini - Nisa Kay!


8) Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas.



Untuk menambah terejuaan korang,sila klik Senarai hadiah The Ultimate Year End Giveaway.
Cepat-cepat join! Nak join, KLIK SINI

Giveaway mungkin akan ditutup lebih awal kerana penyertaan sudah terlalu banyak.


P/S: Pemenang dipilih secara random org. Best of luck,dear! :) 

    Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.