-->

Sunday, January 29, 2012

ARGHHH ! Lu Jangan Bikin Gua Menyampah. . . !!!



Hai korang ! ^^

Amboih tajuk ! Angin semacam je ! Marah kat sape tu?

(Saja nak biar ayat tergantung macam ni sebab tak dek idea nak sambung ayat tu :P )



Hari ni giat betol aku post entry kan? Well . . . Tengah tak dek kerja nak buat plus idea nak menerbitkan entry yang baru membuak-buak so aku mengambil keputusan untuk menulis entry yang kompom kompom korang pernah rasa. Tak caye ? ? ? Haa.. Kena la baca entry ni sampai habis ! ^^

Rasa annoying nya bila :


  • Korang panggil someone pastu dia pura-pura tak dengar. Konon dia ingat kita tak dek keje lain selain nak memanggil nama beliau.
     
  • Orang tu dah tahu tujuan korang tapi still nak tanya korang buat apa. Contoh: Suatu hari si AliBaba pergi ke kedah jahit untuk menempah baju melayu sempena raya yang bakal menjelma. Tiba-tiba muncul sang Kasim Selamat entah dari mana bertanyakan si AliBaba – " Eh! Engkau ada kat sini.Buat apa?Jahit baju jugak ke? "

  • Kereta depan bawak MasyaAllah lembab tahap siput babi ! Buat pulak time tu korang rush nak menuju ke destinasi.

  • Korang dah lama menunggu orang yang parking tu keluar, tiba-tiba muncul si makhluk tiba-tiba menyelinap masuk.

  • Korang beratur dekat pos office. Punyalah panjang beratur. Tiba-tiba datang pulak mamat ni potong barisan katanya nak cepat sebab bini nak bersalin. Oh ! Come on !

  • Korang berjalan pakai heel setinggi 5 inci tiba-tiba ter-pele-ot kaki. Pastu korang cepat-cepat cover. Tapi malangnya ada jugak yang perasan korang ter-pele-ot tadi. Merah muka kott !

  • Nak pergi tempat yang memang sesak dek manusia, nak cari parking bukan lah sesuatu yang mudah. Jadi korang ambil keputusan untuk letak je mana-mana yang ada kosong walaupun dekat tempat yang DILARANG PARKING. Lepas je semua hajat selesai,korang tengok-tengok ada surat cinta (kena saman) depan kereta.

  • Korang dah berkenan dengan baju/kasut/seluar /yang berkaitan tapi saiz pulak tak dek.

  • Korang pergi reload dekat kedai pastu dekat dua jam tak masuk masuk jugak topup tu. Nak kena pergi kedai tu balik pergi tanya.

  • Minggu lepas cikgu/lecturer cakap nak buat quiz/test minggu depan. Pastu korang dengan sehabis keringat study dengan harapan boleh menjawab soalan dengan riang hati nanti. Sampai hari yang di nanti, cikgu/lecturer cakap postpone minggu depan. 


Haa ! Cukup la sepuluh contoh tu . Annoying kan? Sangat sangat Okay ! huh ! Semua ni memang aku pernah rasa . Sakit hati sangat.  Rasa macam bernanah hati ni ! -.-"

Okay la. Tak mau meluat-meluat dah ^^

SMILE PLEASEEEE   

Babai ! ^^


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Kalau Nak Diet, Lunch Dengan Donut BIG APPLE Okay Kan ???

Helo ! Helo ! ^^


Sebagai salah seorang penggemar donut, gambarajah di atas menyebabkan air liur aku menyembah lantai secara tidak sengaja -.-" 


Korang dah lunch ? Sape lagi yang belum ? Jom ! Jom ! Nak belanja Big Apple ni ! ^^
SERIOUSLYY ! Jom ! :D

P/S: Saya belanja, tapi pakai duit sendirik la ye ! :P
Eh ! Diet diatas bukan bermaksud diet nak kurus. Tapi diet sebab duit dah kurus :'(



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Lyssa Faizureen ADD aku semalam !!! :D


Sebelum korang jeles sampai tahap nak menjilat lappy meningkat, izinkan aku untuk memberi salam dahulu. ^^


Assalamualaikum ! 

Sungguh indah kan pagi ni? ^^ Bangun pagi, hati dihiburkan dengan kicauan burung pipit, burung belatuk, burung unta dan tidak ketinggalan si burung hantu -.-" 

Tapi tak seindah semalam :D Semalam secara tak sengaja aku ada post something dekat wall LYSSA FAIZUREEN  . Haa ! Meh tengok sini meh ! :D
 

Yaa ! Seperti yang di pamerkan dalam gambarajah diatas, dengan rasminya LYSSA FAIZUREEN bergelar rakan saya di ruangan alam maya yang lebih di kenali sebagai Facebook ! Eksited tak habis lagi ni ! :D Semalam bangga sangat sampai tayang-tayang laptop dekat kucing di rumah dengan harapan diorang paham rasa hati aku. Tapi.... 
(sambung sendirik -.-")

Ahh ! tapi tu semua tak penting ! :D Yang penting, Ni ! TADAAAA !!! 
( Dengan riak dan takabur nya ! Dushh ! -.-" )



Sudah ! Sudah ! Babai ! ^^

P/s: Kalau jeles,sila komen ;D 
Teheee :D



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Saturday, January 28, 2012

" Eh, kalau nak cari boyfriend kena cari muka yang lebih kurang. Baru jodoh panjang ! "

Assalamualaikum ! ^^

Amboih ! Panjang bebeno tajuk entry aku kali ni ! :D Hakhak ! Dah berapa puluh juta jam dah aku abaikan blog ni sampai mak labah-labah dah bertelur dan bertukar status menjadi janda dah sekarang ni. Kesian labah-labah tu -.-" 

Eh, aku bukan saja-saja tak nak hapdet blog taw ! Aku ambik masa nak pikir tajuk entry ni. Puuihh ! Tipu semata-mata -.-"

Aku tak tahu la korang pernah dengar tak orang cakap macam tu tapi ayat ni memang dah sinonim dah dengan hidup aku. Pendek kata dah muntah hijau kuning merah dah dengar ! Aik ! Macam traffic light la pulak . 


Antara ayat-ayat yang orang pernah cakap kat aku:


" Patut lah depa tu kekal lama, muka lebih kurang ja. Sorang hitam,sorang lagi hitam melegam  "  -.-'


" Weyh, aku tengok mata korang sama la ! Ada jodoh la tuu " 

Yekew jodoh panjang? yekew? Actually aku tak percaya sangat pasal benda-benda ni. Bukan ke Allah dah tentukan jodoh kita. Habis macam mana pulak dengan Beauty and The Beast tu ? Elok je aku tengok diorang walaupun sorang putih, sorang hitam. Anak tak pulak keluar taik cicak. Cuma kelabu sikit je. Kira orite la tu kan? ^^


Muka kitorang sama tak? ^^  Heee :D Maluuuu ^_*

Doakan jodoh kitorang sampai syurga taw ! 
Thanks, honey ! :D



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Monday, January 23, 2012

CREATIVE ENTRY POST FOR JCS AUTHENTIC !


" Bangun semua! " Kata Ehsan merangkap ketua kelas Tadika Cun Melecun.

" Assalamualaikum,cikgu ! " Kata Upin-Ipin sekelas.

" Waalaikummussalam. Duduk semua. " Kata Cikgu Rosni yang berblouse merah digandingkan dengan palazzo hitam. Nampak sangat bergaya cikgu hari ini. Dengan wedges kelabu empat inci menyerlahkan lagi penampilan Cikgu Rosni hari ini.

Upin Ipin dan kawan-kawan terkesima sebentar dengan kepelikan cikgu. Ya! Memang jarang benar nak tengok Cikgu melaram sakan macam ni.

Memang patut mereka semua ternganga luas ,seluas lautan pacific. Ish! Ish ! Ish ! Tak beradap betol ! Babab jugak kang ! -.-' (Tiba-tiba perasaan keibuan meruap-ruap dengan mengada-ngada)


Lebih kurang macam ni la rupa cikgu Rosni ketika itu.
Perhatian:Gambar ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati ye!

Selepas habisnya ke-sima-an Upin dan Ipin selama enam ratus empat belas saat, bermula lah sesi dialog dibawah:

" Upin,Ipin, kenapa tengok cikgu sampai juling-juling tu? "

" Cantik sangat ke? " Tanya cikgu Rosni sambil mengeluarkan bedak compact MIAMI dari handbag nya dengan tujuan untuk men-touch-up sedikit bulu mata palsu beliau. -.-' Agak kurang sopan kan?

Upin Ipin yang sudah lenguh mulut disebabkan asyik ternganga melihat keajaiban dunia yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan seraya berkata:
Cikgu Rosni dengan selamba biawaknya menjawab:
"Ish ! Malu lah cikgu macam ni." Cikgu Rosni cuba menutupi muka dengan tudung bawalnya. Konon-konon nak perasaan malu beliau turut di rasai oleh anak murid nya. Tapi hampeh -.-"

"Korang semua pun perasan ye hari ni cikgu lain sikit?"

"Cikgu memang sengaja nak bagi korang perasan yang cikgu ni memang cantik semulajadi. No cocok-cocok tau ! "

Budak-budak tadika dalam kelas tu semua blurrr. Tak faham dengan istilah cocok-cocok yang cikgu sebut. Tanpa mengindahkan ke-tidak-faham-an murid-muridnya,Cikgu Rosni tuntas meneruskan penerangan beliau dengan menggunakan POWER POINT ! Advance youuu ! Anak murid semua menggaru kepala sampai penuh meja dengan kelemumur masing-masing. Euwww !

"Hari ni cikgu nak promote sikit pasal blogshop yang cikgu jumpa dekat Facebook semalam. Memang banyak sangat lah pilihan. Bermacam-macam warna. Nanti balik rumah jangan lupa pulak promote dekat kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek. Semua lah ! Asalkan dia perempuan. Ni homework taww ! "

-.-' sungguh tak cool kan cikgu macam ni. Ahh! Sambung ! Sambung !

Murid-murid mengangguk tanpa bantahan. Sunyi sepi kelas tu. Yang kedengaran hanya suara Cikgu Rosni yang sibuk bercerita.

"Semalam disebabkan ke-eksited-an cikgu dek blogshop yang cool ni. Kedainya di panggil JCS  dan ni haa pages beliau JCS PAGE . Cikgu dengan rakusnya menyiapkan slide show ni untuk tatapan korang. Meh kita tengok! "

PERTAMA
" Yang ni memang cikgu suka sangat ! Memandangkan cikgu ni Fans number one Yuna, semua fashion Yuna cikgu nak try ! So,yang turban-turban ni memang pilihan cikgu lah. Cikgu tak nak ketinggalan dek zaman. Ketinggalan dek kamarulzaman tak pe. "

KEDUA


"Pilihan ramai remaja sekarang. Sangat mudah digayakan dengan blouse dan dress. Lebih kurang yang cikgu pakai ni la. Cantik kan? Memang sangat selesa. Nanti cikgu ingat cikgu nak beli online lagi lah! "


KETIGA


“Cikgu suka yang ni ! Yang ni ! (Sambil lompat-lompat bintang) . Ramai sekarang ni yang gila kan KPOP kan? Tak payah nak susah-susah pergi cari baju dekat Korea nuhhh ! Dekat sini berlonggokk! Memang banyak pilihan. Yang penting, semua sweet-sweet je ^^ .”



KEEMPAT


"Haa ! Yang ni cikgu dah beli dah. Mungkin esok sampai. Nanti cikgu boleh pakai datang kelas. (Wink,wink!) Nanti korang tengok lah.Baru lah nampak ayu sikit. Kan? Nanti ternganga lagi lah korang ! :P "


KELIMA

"Ni sekarang dah jadi trend taw! Makcik-makcik jual sayur dekat pasar pun dah try fashion ni. Nak glemer lah katekan. Tudung yang cikgu pakai  ni,beli kat sini lah. Memang selesa lah ! Mak sedara belah nenek cikgu pun ade pesan jugak suruh beli dekat diorang. "

Tiba-tiba…
KRINGGGGGG!!!!!!!!

Loceng menandakan rehat sudah berbunyi. Sebelum membenarkan murid-muridnya keluar rehat, Cikgu Rosni sempat berpesan:

"Korang jangan lupa promote dekat saudara mara korang taw ! Kalau tak,cikgu bagi kosong kertas exam korang nanti ! (Kejam -.-') "

"Lagi satu, sila tulis ni dulu dalam buku dan balik boleh lah korang tengok-tengok pages diorang ni !"

Di papan putih tertulis:

Sila like page mereka:
·         AL-SHAWLS : https://www.facebook.com/al.shawls
·         QAYSAA HIJABS: http://www.facebook.com/Qaysaahijabs


SEKIAN! ^^


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, January 15, 2012

Pikalurve 2nd GIVEAWAY



Hai ! :)



GIVEAWAY ini bermula dari 
25 DECEMBER 2011 - 25 JANUARY 2012


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada niat nak join? KLIK ! ^^

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. penduduk di MALAYSIA sahaja dan seorang blogger
3. wajib LIKE page www.facebook.com/Pikalurve  (sponsor hadiah)
4. buat entry khas untuk giveaway ini [ TAJUK: "Pikalurve 2nd GIVEAWAY"]
5. hantarkan link entry anda di comment ini sahaja
6. letak banner PIKALURVE GIvEAWAY di side bar blog anda

*semua syarat-syarat diatas WAJIB di ikut..kalau tidak secara automatik penyertaan anda terbatal..pantauan akan dibuat dari semasa ke semasa :D


- SIMPLE kan SYARAT-SYARAT nya.. -
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!!

1 long style sateen by pikalurve


1 short style sateen shawl by pikalurve

1 plain pashmina


1 red shawl gypsi
1 army green candy shawl
1 baby blue candy shawl

2 necklace


 
2 set bangle


 2 magnetic bracelet

1 double bracelet


 2 gelang kayu koka

10 pair of pearl earing
*this is a real pearl


4 candy brooch

2 vintage brooch

1 set hair clip rose


1 bling-bling clip

3 ribbon clip

 1 flower pin


1 stunned handband
1 floral handband
1 butterfly handband
  

1 bling-bling clip

1 leopard handband

1 red handband


HADIAH menarik menanti anda!!!!

*hadiah akan update dari semasa ke semasa!!!


MARI JOIN !!!!


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Saturday, January 14, 2012

NEW YEAR GIVEAWAY BY NABILAMARS AND CIK ERYN



Best la pulak join Giveaway ni ! ^^ Jom lah join ramai-ramai ! :) KLIK JE SINI !

Kali ni nak tag:


Done ! ^^ Harap ada luck ! :)



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

GIVEAWAY BY ONIE

WASSUPP ! ^^


Tak serik-serik gua ni. Memang nak bolot semua GA ! ;) Korang nak jugak? KLIK SINI MEH !

Ni semua senarai sponsor yang baik hati :) Wajib follow & LIKE ! kalau tak,tak dapat hadiah ;)

       @wajib like sini !

       @wajib terjah blog beliau

         @wajib like !

Harap ada luck ! ^^


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY



Yeahhhh ! Join GA lagikkk ! Memang syok buat entry di kala hujan kus-kus ni ^^


Kalau korang ada niat nak join jugak, KLIK SINI KUAT-KUAT !


Yang penting, sila follow rule dia taw ! ^^


Tarikh tutup: 31 January 2012


CEPAT ! CEPAT ! CEPAT ! :D


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

''NURFERL : CONTEST HAPPY HAPPY JANUARI !!''


ASSALAMUALAIKUM ^^



Tengok tajuk pun korang dah tahu kan aku nak join GA. Oh ! Sangat oh sem taw hadiah dia ! Menarik ! Juling biji mata nengok nye :P


Kali ni nak pertaruh nasib untuk join GA dari Mizz Yuyu ^^ Mesti korang terkinja-kinja macam ninja turtle kan nak tahu hadiah nya. Jom layan ! :D



FIRST PRIZE
KOREAN LONG SLEEVE BLOUSE 
sangat cantik ok!!

SECOND PRIZE
BARBIE LENS
*pemenang boleh pilih warna apa*


THIRD PRIZE
PASHMINA PLAIN SHAWL
*boleh pilih colour jugak if xde akan diganti dengan warna yang ada :)
dun worry smua pun cantik*

seterusnya..
 BLOG DENGAN REFERRAL TERTINGGI AKAN DAPAT..
JENG JENG JENG..!!

this bag...  of courselah.. kate jual bag kan.. :)
*if colour ni takde colour lain akan dipilih oleh saya mengikut stock yang ada..
semua cantik jangan risaulah*
lagi?? xpuas lagi?? ok~ :D

TIGA ORANG 
pemenang seterusnya.. blog nya akan didesign oleh..
tak kire lah korang nak request 
header ke.. banner ke.. doodle ke..
sheda ni kalau buat something kemas sangat sangat.. 
mesti korang suka punya lah..

7 pemenang semuanya ok.. 
hoyeh hoyeh !!! best tak hadiah??? 



Ohsem nya ! Kan? Kan? Jom join ramai-ramai ! ^^


Tarik tutup: 1 Februari ! :)


Nak join, jangan malu-malu terjah SINI !
Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

12.1.12 Cantik Tapi Hampeh ! :'(

Assalamualaikum ! 

Entry ni penuh dengan kedukaan. Maaf kalau tersentuh jiwa dan raga :(


Yeah ! Aku tahu kucing ni tak dek la comel sangat walaupun nama nya ' OMEY ' :') Tapi kucing ni sangat sangat sangat lah baik dan mendengar cakap tuan nya. Selalu je nak bermanja.

Pada tanggal 12.1.12 beliau telah meninggalkan aku tanpa rasa bersalah. :'(
Dia tak tunggu aku balik dari U ! Tak sempat aku nak habiskan last paper dia dah pergi :( Omey jahat ! Sobsob ! :'(

OMEY ni tak sihat sejak raya haji hari tu lagi tapi tak sangka dia nak tinggalkan aku secepat ni. :'( Patut lah sebelum balik U hari tu dia manja semacam dengan aku. Aku naik kereta pergi mana-mana mesti dia naik sekali. Tidur sekali. Makan pun sekali. Sebak nya bila ingat balik :'(

Dah. Tak mau tulis panjang-panjang. Nak pergi nangis dalam bilik air.

Bye ! :'(

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.