-->

Saturday, September 15, 2012

Esok dah last raya kan? Nak duit raya?


Hai ! Assalamualaikum ! :D

Lamanya lah aku tak hapdet blog ni. Dah bersawang dah. Nak gotong - royong bersihkan blog pon tak sempat. Busy je memanjang. Sampai nak makan,minum pun tak sempat. Okay, tu tipu. Padahal tadi da makan siap tambah-tambah lagi :P

Eh, esok dah last raya kan? Kira aci tak kalau aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kat korang? Ahh! kira aci la kan. Selamat hari raya korang :) Macam mana dengan raya? Banyak dapat duit raya? Untunglaaa korang still dapat duit raya. Aku dapat dua puluh lima hinggit lapan puluh sen sahaja. Kenapa yang lapan puluh sen tu? Ada jugak ke yang bagi duit raya lapan puluh sen dekat hamba Allah yang dah berumur 22 tahun ni? Oh, bukan-bukan. Yang lapan puluh sen tu sebab adik aku mintak dua posen sebab nak beli gula-gula dekat kedai Abang Di dekat depan rumah ni haa. Duit dia tak nak guna. Sayang sangat kata nya. Eleh, budak-budak mana boleh simpan duit banyak-banyak kan? Bak akak simpan meh ;)



Tolong abaikan kerusi merah yang buruk kat belakang tu. Rumah saya sentiasa bersepah even hari raya -_-'

Ya! yang tudung biru,baju hitam tu mak saya lah! Memang muka saya tak dek iras mak kan? :(

Dah! Dah! Tak yah nak belek sangat muka aku yang tak semengah tu. Tak cool okay? Nak duit raya? Meh la rumah :D 

Tapi orang tak dek kat rumah. Haha! :D Okay,bye ! :D

P/S: Rumah sape ade bakar satay, sila bagitau eh. Mengidam ;D




Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, May 20, 2012

Barang yang dulu sangat BEST dikenang !

Assalamualaikum ! ^^


Apa kabaran semuanya? Apa sihat-sihat belaka? Harap nya kamu kamu semua sihat ya ! :D


Waduh ! Kok bisa ngomong Indon ya? -_-"


Ehem ! Ehem ! ( Tukar effect suara )


Dikala pagi yang hampir menjengah tengahari ni perut tiba-tiba ber keriuk-keriuk asli minta diisi. Oh ! Tiba-tiba teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Time rehat la paling syok sekali ! 


Dulu masa sekolah, memang niat nak pergi sekolah semata-mata nak makan laksa mak cik zenab (bukan nama sebenar). Best gilos la laksa dia ! Terbaik ! Orang tua-tua zaman kejatuhan Majapahit dulu ada berpesan :


" Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke tudung "


Ya ! Memang sangat kena peribahasa zaman batu itu ditujukan untuk aku. Kalau dah pekena laksa mak cik zenab, memang kompom kompom tudung habis penuh dengan kuah laksa. Ghairah sangat dengan laksa mak cik zenab -.-"


Orang selalu lepas makan ada pencuci mulut kan? Yes ! Aku pun ada jugak lah ! Pencuci mulut serta gigi yang menjadi kegemaran anak pak cik Rahim ni tak lain dan tak bukan keropok lekor sebatang dua kupang tu. Walaupun keropok lekor tu semua ketot-ketot, aku tetap tekun membeli walaupun ada sesetengah pihak tu mencegah aku daripada membelinya. ( Diorang jeles sebenarnya. Kalau hulur, diorang ambik jugak :P )


Okay ! Cikgu pesan, kalau tak nak gemuk kena bersenam. Lepas makan laju-laju aku terus ajak geng ropol-ropol aku main ligan-ligan (kejar-kejar) dekat padang. Nah kau ! Selak kain mengalahkan makcik Melah nak beranak. Habis berpeluh ketiak. Dah puas main, sambil lompat-lompat comel aku terus masuk kelas. Masa tu tudung pun tak tahu hilang kemana -.-'


Bila masuk kelas banyak pulak syaitan-syaitan yang direjam ikut sama masuk kelas. Dengan godaan syaitan yang hamat hebat, maka terlentok lah sekejap ( sekejap tak sekejap jugak. cikgu dah keluar baru terjaga )


Haa ! disebabkan asyik ketiduran tu lah ilmu susah nak melekat dalam kepala hotak . Bila exam, ni lah hasil nya -.-"






Yeayyyy ! Loceng dah bunyi !!! Tandanya masa makan  kedua sudah menjelma. Makan ! Makan ! Makan ! :D Pakcik jual satay ikan dah get ready dekat luar pagar sekolah sambil tersengih-sengih menunggu mangsa. Tunggu nak terkam ja. Rakus betol pakcik ni -_-" 


Bagi niat untuk menyumbang kepada ekonomi negara, aku dengan ikhlas membeli beberapa cucuk satay ikan beliau. Sangat sedap okay ! Memang berbaloi-baloi lah ! Sambil tunggu abah datang jemput, aku sibuk menghabiskan satay ikan yang lazat tu tanpa menghiraukan pelajar lain yang sungguh asyik melihat gelagat aku menelan beberapa ketol satay ikan.  ( Ah ! Ada aku kisah :P )


Sudah ! Sudah ! cukup sampai disini saja. Post masa lunch kot. Agak-agak la kan :P


Moral of story : Makanan zaman dulu lagi sedap dan murah sekali ! :D







Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

Sunday, May 13, 2012

Mana satu ni? Angsa ke Beruang?



Assalamualaikum wahai saudara saudari yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bertemu lagi kita di laman sesawang yang sememangnya bersawang disebabkan tuan tanah yang tak menyempat nak hapdet entry beliau.


Srottt.. ! Tacing punya pasal, meleleh hingus hijau yang hampir tertitis pada seluar coklat. Opp! Bukan seluar spongebob ye ! 


Pendahuluan yang memang tak boleh blah ! Mengalah kan ucapan guru besar masa nak mula perhimpunan masa sekolah rendah dulu. Time tu pulak aku sibuk baling batu-batu kecik dekat member yang kononnya khusyuk nak dengar bebelan guru besar yang sememang nya besar gedabak ! 

Eh! Eh ! Bukan niat nawaitu saumaqadin nak bercerita pasal guru sekolah yang besar badak tu okay. Tite nak cite pashal angse vesyes beyuang ni . (Masa kecik tak pernah sebut beruang. kite sebut bear je :P )




VERSUS


 Oyeahhh ! Saya peminat beruang comel ! :D Johan comel gilos kot ! 




Walaupun dah tinggal berapa kerat je members dalam BERUANG COMEL tu, gua yakin diorang boleh menang ! :D


Korang ade ke? :P




Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.