-->

Wednesday, February 1, 2012

Giveaway KZNABIHAH Ekslusif Item !!! ^^



" Bangun semua! " Kata Ehsan merangkap ketua kelas Tadika Cun Melecun.

" Assalamualaikum,cikgu ! " Kata Upin-Ipin sekelas.

" Waalaikummussalam. Duduk semua. " Kata Cikgu Rosni yang berblouse merah digandingkan dengan  high waist skirt with polka dots ribbon. Nampak sangat bergaya cikgu hari ini. Dengan wedges kelabu empat inci menyerlahkan lagi penampilan Cikgu Rosni hari ini.

Upin Ipin dan kawan-kawan terkesima sebentar dengan kepelikan cikgu. Ya! Memang jarang benar nak tengok Cikgu melaram sakan macam ni.

Memang patut mereka semua ternganga luas ,seluas lautan pacific. Ish! Ish ! Ish ! Tak beradap betol ! Babab jugak kang ! -.-' (Tiba-tiba perasaan keibuan meruap-ruap dengan mengada-ngada)


Lebih kurang macam ni la rupa cikgu Rosni ketika itu.
Perhatian:Gambar ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati ye!


Selepas habisnya ke-sima-an Upin dan Ipin selama enam ratus empat belas saat, bermula lah sesi dialog dibawah:


" Upin,Ipin, kenapa tengok cikgu sampai juling-juling tu? "

" Cantik sangat ke? " Tanya cikgu Rosni sambil mengeluarkan bedak compact MIAMI dari handbag nya dengan tujuan untuk men-touch-up sedikit bulu mata palsu beliau. -.-' Agak kurang sopan kan?

Upin Ipin yang sudah lenguh mulut disebabkan asyik ternganga melihat keajaiban dunia yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan seraya berkata:

Cikgu Rosni dengan selamba biawaknya menjawab:
"Ish ! Malu lah cikgu macam ni." Cikgu Rosni cuba menutupi muka dengan tudung bawalnya. Konon-konon nak perasaan malu beliau turut di rasai oleh anak murid nya. Tapi hampeh -.-"

"Korang semua pun perasan ye hari ni cikgu lain sikit?"

"Cikgu memang sengaja nak bagi korang perasan yang cikgu ni memang cantik semulajadi. No cocok-cocok tau ! "

Budak-budak tadika dalam kelas tu semua blurrr. Tak faham dengan istilah cocok-cocok yang cikgu sebut. Tanpa mengindahkan ke-tidak-faham-an murid-muridnya,Cikgu Rosni tuntas meneruskan penerangan beliau dengan menggunakan POWER POINT ! Advance youuu ! Anak murid semua menggaru kepala sampai penuh meja dengan kelemumur masing-masing. Euwww !

"Hari ni cikgu nak promote sikit pasal blogshop yang cikgu jumpa dekat Facebook semalam. Memang banyak sangat lah pilihan. Bermacam-macam warna. Skirt yang cikgu pakai ni cikgu beli online dekat situ lah ! :D

Nanti balik rumah jangan lupa pulak promote dekat kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek. Semua lah ! Asalkan dia perempuan. Ni homework taww ! "

-.-' sungguh tak cool kan cikgu macam ni. Ahh! Sambung ! Sambung !

Murid-murid mengangguk tanpa bantahan. Sunyi sepi kelas tu. Yang kedengaran hanya suara Cikgu Rosni yang sibuk bercerita.

"Semalam disebabkan ke-eksited-an cikgu dek blogshop yang cool ni. Kedainya di panggil KZNABIHAH BOUTIQUE dan ni haa pages beliau KZNABIHAH PAGE . Cikgu dengan rakusnya menyiapkan slide show ni untuk tatapan korang. Meh kita tengok! "


GAMBAR PERTAMA


" Oh ! Cikgu suka sangat yang ni ! Nanti masa hari guru, awak-awak semua kumpul la duit ye. Pastu belikan cikgu hadiah. Cikgu nak skirt ni jugak ! Tak nak hadiah lain ! "

" Mengada nya cikgu ni ! Tampo laju-laju jugak kang ! " Bisik Ipin kepada Upin.


GAMBAR KEDUA 


" Alalaaaa... Comel je model tu kan? Haa! Jangan tak tahu! Tu lah tuan kedai KZNABIHAH ! Pandai bermain dengan fashion walaupun beliau chubby-chubby comel gituuu. Cewahh ! :D "


GAMBAR KETIGA


“Cikgu suka yang ni ! Yang ni ! (Sambil lompat-lompat bintang) . Ramai sekarang ni yang gila kan POLKA DOTS kan? Tak payah nak susah-susah pergi cari ribbon jauh-jauh nuhhh ! Dekat sini berlonggokk! Memang banyak pilihan. Yang penting, semua sweet-sweet je. " ^^

Tiba-tiba...
Mail mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan.
" Ye Mail. Awak nak tanya apa? " Kata Cikgu cantik ^^
" Cikgu,dari tadi cikgu asyik tunjuk gambar skirt ni je. Best sangat ke skirt ni,cikgu ? " Tanya Mail tanpa segan silu sambil buat muka mintak penampar harimau -.-"

" Eh ! Memang lah best ! Kalau tak,tak kan lah cikgu nak buang masa buat slide show ni untuk tatapan korang kan? Baik cikgu layan Ombak Rindu sambil makan jajan dengan cekedis je." 
( Adoilaaaa cikgu ni. Sengal betol ! -.-" )

Murid-murid lain semua mengangguk. Takut untuk membantah. Cikgu Rosni garang woo! 

" Cikgu memang suka sangat dengan skirt ni. Materialnya sangat sangat sangat lah selesa. Tak panas dan senang nak mix and match dengan t-shirt,blouse,dress. Lagi pun di KZNABIHAH kan diorang custom made. Boleh ukur ikut size kita. Tak dek la nanti terlalu besar atau terlalu kecik. Memang lain dari yang lain lah skirt ni. Tak dek lagi kedai yang ade jual skirt dengan polka dots ribbon ni. Kalau tak caye,pergilah cari ! "

Dan…
KRINGGGGGG!!!!!!!!

Loceng menandakan rehat sudah berbunyi. Tidak sempat Cikgu nak habiskan ucapan beliau -.-" Tapi sebelum membenarkan murid-muridnya keluar rehat, Cikgu Rosni sempat berpesan:

"Korang jangan lupa promote dekat saudara mara korang taw ! Kalau tak,cikgu bagi kosong kertas exam korang nanti ! (Kejam -.-') "


SEKIAN ^^


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

2 comments:

cik bihah said...

hai terima kasih kerana turut serta
^_^

★ SAZZA MULQAN ★ said...

@cik bihah Same-same :)

Harap boleh menang ^^