-->

Thursday, December 29, 2011

Impak Nasik Lemak Kepada Seorang Pelajar Bernama Aida Suraya

Assalamualaikum Readers!! 。◕‿◕。


Apa khabar korang? Sekarang ni musim tak menentu. Kejap panas terik,kejap hujan lebat - lebat. Sejuk sampai ke tulang hitam. Grrrr. Jaga kesihatan okay? :) Aku sayang korang tau! :')

Uh! di pagi yang dah nak masuk tengahari ni tiba - tiba teringat nasik lemak yang mak buat. ~.~' Alamak. Meleleh la pulak! Korang yang boleh makan nasik lemak mak korang hari - hari patut rasa bersyukur tau! Kalau korang duduk tempat aku sekarang,baru korang tahu betapa bernilainya sebijik nasik yang mak korang masak tu. Tak ternilai beb!

Nasi lemak memberi impak yang besar dalam hidup aku. Kalau aku sampai tahap mengidam yang gila babi, otak aku dah jadi tak keruan. -.-' Mula nak gigit - gigit selimut sesedap rasa. nasik lemak tak dapat, selimut pun jadik la. :'(



Pinjam Google. Nasik lemak mak aku lagi POWERR!

Bila dah tak dapat nak melantak nasik lemak mak aku di pagi yang hening ni,semangat pun susah nak berdamping. Membuatkan aku liat nak study walaupun exam dah nak dekat. ahh! Alasan je engkau tu! kalau malas,cakap je la. Korang nampak tak impak nasik lemak dalam hidup aku? Nampak? GOOOD!

Dari kecik - kecik lagi aku dah dibesarkan dengan nasik lemak daun pisang ni. Memang deeeeeeliciousssss! Salah satu sebab kenapa aku bangga menjadik rakyat Malaysia! Masa sekolah rendah, sebelum nak masuk pintu pagar sekolah ada sorang mak cik jual nasik lemak. Memang pandai dia carik port nak meniaga kan? Macam tahu - tahu jek keluh kesah perut aku ni. Tiap - tiap hari wajib beli nasik lemak dia! Tak pernah miss! unless kalau tak pergi sekolah atau mak cik tu cuti hari tu.

Yang tu untuk breakfast je. Nanti time rehat,beli lagik sebungkus. Dekat kantin wajib beli keropok lekor! Sedap,sedap,sedap! Walaupun kopok lekor dia kurus kering macam cicak kobeng, tapi kelazatan memintas untuk terus memilih kopok lekor.

Memang best bila pikir pasal makanan ni! Buat perut aku bersemangat untuk terus bersorak! eh, macam makin kuat pulak bunyik nye. Okay lah,nak pergi carik nasik lemak kejap. Entah ada ke tak tengah - tengah hari ni.

Bye! 

Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

2 comments:

Siti Nur Aisyah said...

love nasi lemak,lagi suka kalau lagi pedas nasi lemak tu!hehe.

Aida Suraya Abdul Rahim said...

Siti Nur Aisyah: betol-betol. sedappp! :D