-->

Monday, December 26, 2011

Uh! Busy nya Cek! -.-"

Assalamualaikum korang!

Fuh. Semalaman tak sempat nak hapdet blog. Kini baru ada kesempatan. Di kesempatan ini,aku nak tujukan lagu buat…. Eh! Apehal yang sewel sangat ni? Damn! Malu kotram! -.-'

Ingat kan  masa study week ni boleh bersenang lenang dahulu bersusah-susah kemudian. Tapi hampeh. Hanya tinggal kenangan. Kelmarin sibuk bermanjakan diri dengan adik-adik aku yang agak banyak songeh dan kurang ajar nya membeli perkakas nak masuk sekolah.

Mak weyh! Penat kot buat benda alah ni! Lenguh kaki. Tu baru dua orang adik. Kalau empat ratus tujuh puluh tiga adik? Alamat kebas kaki setahun. Tipu. Dengan perangai diorang yang banyak songeh ditambah dengan ketidak sopanan beliau,merumitkan lagi keadaan.


Korang ni apehal? Jangan nak buat malu aku pulak! Tampo laju-laju jugak kang!


Sebelum tidur semalam dah set dalam kepala hotak esok nak berhangout dengan rakan taulan yang dah lama tidak ketemu. Tapi semuanya bertukar kelam. Sentap gua! Nasib baik duit nak beli barang-barang dorang ni bukan pakai duit aku. Kalau tak,lagi sentap. Seriously!


Adoila. Mahal beno! Panas perut ibu mengandung! -.-'


Belanja budak-budak ni saja dah nak dekat RM200. Memang mengada-ngada lah budak zaman sekarang ni! Kalau belajar tak pandai, aku cepuk jugak kang! Zaman siber ni kalau tak dek duit,alamat makan berbekaskan tempurung, minum berbotolkan kicap la gamaknya. Macam tak dek kaitan kan? Memang pon. Sori.Sambil buat muka papadom

Tu tak masuk lagi dengan duit buku dorang. Adoila. Sakit! Nanti zaman aku beranak pinak macam mana la eh? -.-' Keluh kesah tiba-tiba.


Thats why aku selalu berharap dapat kawen dengan anak dato'


Jadi pesanan khidmat masyarakat daripada aku:

“Ukurlah baju dibadan sendiri. Berbelanjalah secara sederhana. Kan Islam tu.”- Aida Suraya,2011



Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

2 comments:

Juliet_iRa~" said...

ehehe...brg2 skarang mmg mahal..

★ SAZZA MULQAN ★ said...

@Juliet_iRa~" ha'a. Haih. tu yang keluh kesah tu -.-'