-->

Monday, January 23, 2012

CREATIVE ENTRY POST FOR JCS AUTHENTIC !


" Bangun semua! " Kata Ehsan merangkap ketua kelas Tadika Cun Melecun.

" Assalamualaikum,cikgu ! " Kata Upin-Ipin sekelas.

" Waalaikummussalam. Duduk semua. " Kata Cikgu Rosni yang berblouse merah digandingkan dengan palazzo hitam. Nampak sangat bergaya cikgu hari ini. Dengan wedges kelabu empat inci menyerlahkan lagi penampilan Cikgu Rosni hari ini.

Upin Ipin dan kawan-kawan terkesima sebentar dengan kepelikan cikgu. Ya! Memang jarang benar nak tengok Cikgu melaram sakan macam ni.

Memang patut mereka semua ternganga luas ,seluas lautan pacific. Ish! Ish ! Ish ! Tak beradap betol ! Babab jugak kang ! -.-' (Tiba-tiba perasaan keibuan meruap-ruap dengan mengada-ngada)


Lebih kurang macam ni la rupa cikgu Rosni ketika itu.
Perhatian:Gambar ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati ye!

Selepas habisnya ke-sima-an Upin dan Ipin selama enam ratus empat belas saat, bermula lah sesi dialog dibawah:

" Upin,Ipin, kenapa tengok cikgu sampai juling-juling tu? "

" Cantik sangat ke? " Tanya cikgu Rosni sambil mengeluarkan bedak compact MIAMI dari handbag nya dengan tujuan untuk men-touch-up sedikit bulu mata palsu beliau. -.-' Agak kurang sopan kan?

Upin Ipin yang sudah lenguh mulut disebabkan asyik ternganga melihat keajaiban dunia yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan seraya berkata:
Cikgu Rosni dengan selamba biawaknya menjawab:
"Ish ! Malu lah cikgu macam ni." Cikgu Rosni cuba menutupi muka dengan tudung bawalnya. Konon-konon nak perasaan malu beliau turut di rasai oleh anak murid nya. Tapi hampeh -.-"

"Korang semua pun perasan ye hari ni cikgu lain sikit?"

"Cikgu memang sengaja nak bagi korang perasan yang cikgu ni memang cantik semulajadi. No cocok-cocok tau ! "

Budak-budak tadika dalam kelas tu semua blurrr. Tak faham dengan istilah cocok-cocok yang cikgu sebut. Tanpa mengindahkan ke-tidak-faham-an murid-muridnya,Cikgu Rosni tuntas meneruskan penerangan beliau dengan menggunakan POWER POINT ! Advance youuu ! Anak murid semua menggaru kepala sampai penuh meja dengan kelemumur masing-masing. Euwww !

"Hari ni cikgu nak promote sikit pasal blogshop yang cikgu jumpa dekat Facebook semalam. Memang banyak sangat lah pilihan. Bermacam-macam warna. Nanti balik rumah jangan lupa pulak promote dekat kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek. Semua lah ! Asalkan dia perempuan. Ni homework taww ! "

-.-' sungguh tak cool kan cikgu macam ni. Ahh! Sambung ! Sambung !

Murid-murid mengangguk tanpa bantahan. Sunyi sepi kelas tu. Yang kedengaran hanya suara Cikgu Rosni yang sibuk bercerita.

"Semalam disebabkan ke-eksited-an cikgu dek blogshop yang cool ni. Kedainya di panggil JCS  dan ni haa pages beliau JCS PAGE . Cikgu dengan rakusnya menyiapkan slide show ni untuk tatapan korang. Meh kita tengok! "

PERTAMA
" Yang ni memang cikgu suka sangat ! Memandangkan cikgu ni Fans number one Yuna, semua fashion Yuna cikgu nak try ! So,yang turban-turban ni memang pilihan cikgu lah. Cikgu tak nak ketinggalan dek zaman. Ketinggalan dek kamarulzaman tak pe. "

KEDUA


"Pilihan ramai remaja sekarang. Sangat mudah digayakan dengan blouse dan dress. Lebih kurang yang cikgu pakai ni la. Cantik kan? Memang sangat selesa. Nanti cikgu ingat cikgu nak beli online lagi lah! "


KETIGA


“Cikgu suka yang ni ! Yang ni ! (Sambil lompat-lompat bintang) . Ramai sekarang ni yang gila kan KPOP kan? Tak payah nak susah-susah pergi cari baju dekat Korea nuhhh ! Dekat sini berlonggokk! Memang banyak pilihan. Yang penting, semua sweet-sweet je ^^ .”



KEEMPAT


"Haa ! Yang ni cikgu dah beli dah. Mungkin esok sampai. Nanti cikgu boleh pakai datang kelas. (Wink,wink!) Nanti korang tengok lah.Baru lah nampak ayu sikit. Kan? Nanti ternganga lagi lah korang ! :P "


KELIMA

"Ni sekarang dah jadi trend taw! Makcik-makcik jual sayur dekat pasar pun dah try fashion ni. Nak glemer lah katekan. Tudung yang cikgu pakai  ni,beli kat sini lah. Memang selesa lah ! Mak sedara belah nenek cikgu pun ade pesan jugak suruh beli dekat diorang. "

Tiba-tiba…
KRINGGGGGG!!!!!!!!

Loceng menandakan rehat sudah berbunyi. Sebelum membenarkan murid-muridnya keluar rehat, Cikgu Rosni sempat berpesan:

"Korang jangan lupa promote dekat saudara mara korang taw ! Kalau tak,cikgu bagi kosong kertas exam korang nanti ! (Kejam -.-') "

"Lagi satu, sila tulis ni dulu dalam buku dan balik boleh lah korang tengok-tengok pages diorang ni !"

Di papan putih tertulis:

Sila like page mereka:
·         AL-SHAWLS : https://www.facebook.com/al.shawls
·         QAYSAA HIJABS: http://www.facebook.com/Qaysaahijabs


SEKIAN! ^^


Kalau suka,sila LIKE! COMMENT sekali okay? Kalau tak,sentap gua.

0 comments: